Pakatan baharu akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini, kata bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad berkata pakatan baharu itu nanti akan menjadi lebih hebat daripada Pakatan Rakyat yang diumumkan tidak lagi wujud baru-baru ini.
Katanya, pakatan baharu itu perlu menjadi gabungan yang menjunjung integriti sebagai nilai penting.
"Tugas kita bukan hanya menggantikan UMNO dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.
"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian di majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam tadi.
Katanya, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.
"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.
"Tak kena tu," katanya lagi.
Kenyataan Mohamad itu dipercayai merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.
Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Sementara itu, Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya Pakatan Rakyat kerana satu kuasa baharu akan muncul.
Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.
"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).
"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.
Manakala Phahrolrazi pula menegaskan mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu dalam kalangan parti pembangkang.
"Kita mesti ada gabungan baharu. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.
DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.
Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul daripada Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Astro Awani
Sat Jul 04 2015
Pakatan baharu diumum selepas Aidilfitri - Mat SabuPakatan baharu diumum selepas Aidilfitri - Mat Sabu
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.