Dua pemilik premis kolam ternakan ikan keli yang dipercayai menjadi punca pencemaran ammonia di Sungai Batang Melaka bakal dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua Menteri Adly Zahari berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang telah mengakibatkan kualiti air mentah di sungai berkenaan merosot dan lebih 18,000 pengguna di seluruh daerah Alor Gajah terjejas.
"Jaminan kita kepada pengguna air, kita akan pastikan mereka mendapat bekalan secukupnya. Kerana, sistem yang kita ada di peringkat Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ini, kita boleh pastikan bekalan cukup.
"Kita tak menghadapi masalah untuk memberikan bekalan air minum, cuma masalah kita adalah gangguan kepada sistem saliran kita yang menjadi punca air," katanya di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, tambahnya, kerajaan negeri akan memastikan pengguna air yang terkesan akibat pencemaran itu tidak akan terganggu, dengan memberi bantuan bekalan air.
"Memang kita akan ambil tindakan kepada mereka yang tak ikut peraturan, sebab biasanya dalam kes pencemaran air ini, kita tak akan bertolak ansur," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Amanah Peduli Rakyat: Di Ambang Ramadan.
Semalam, Astro AWANI melaporkan, lebih 18,000 pemilik akaun SAMB di daerah Alor Gajah terjejas selepas Loji Rawatan Air Gadek dicemari ammonia sejak Ahad (28 April) lalu.
Hasil siasatan awal mendapati, air Sungai Batang Melaka tercemar teruk dipercayai akibat pelepasan air dari kolam ternakan ikan keli di kawasan Hutan Percha yang tidak sistematik.
Ekoran itu, dua premis kolam ternakan ikan keli berkenaan diarah menghentikan operasi serta-merta.
Mengulas lanjut, Adly berkata, sejak tahun lalu lagi, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada agensi berkaitan untuk memantau semua syarikat industri, termasuk kolam ternakan ikan air tawar, bagi mengelak berlaku pencemaran.
Malah jelasnya, kolam ternakan yang menternak ikan keli diberi perhatian khusus, ekoran menyedari risiko pencemaran daripada sisa buangan hidupan berkenaan lebih tinggi berbanding ikan air tawar jenis lain.
Tambahnya, kerajaan negeri juga memberi jaminan kepada semua pengguna akan menyelesaikan isu pencemaran itu dalam kadar segera.
Loji rawatan tersebut, yang terpaksa memberhentikan operasi pada Ahad, telah kembali beroperasi secara berperingkat bermula semalam.
Astro Awani
Wed May 01 2019
Adly (kanan) melayan penduduk Merlimau membeli barangan keperluan asas di Pasar Peduli Angkatan Wanita Amanah Nasional negeri Melaka pada Program Amanah Peduli Rakyat: Di Ambang Ramadan hari ini. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta.