Semua peniaga dan penjaja kecil di negeri ini perlu mendaftar dan dilesenkan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerusi sistem e-Bazar@Melaka bagi membolehkan mereka berniaga secara dalam talian pada bulan Ramadan ini.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata permohonan tidak akan dikenakan sebarang caj mahupun bayaran lesen berniaga ataupun penghantar makanan oleh semua PBT dan perlu mematuhi syarat seperti lesen, pemeriksaan kesihatan, kursus dan suntikan tifoid.
"Peniaga juga perlu mengamalkan pengendalian makanan yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan dan digalakkan melaksanakan bayaran urus niaga secara online dan tanpa tunai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan alat pelindungan diri (PPE) dan kit makanan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Melaka dan Lions Club of Tanjung Bidara di Peringgit, di sini, pada Ahad.
Sulaiman berkata, semua peniaga dan penjaja kecil juga mesti melantik dua orang penghantar makanan atau runner yang perlu berdaftar dengan PBT bagi tujuan kebenaran penghantaran makanan kepada pembeli.
Katanya, bagi perkhidmatan penghantar makanan mereka perlu memiliki lesen selain menepati masa penghantaran makanan dan minuman iaitu mulai 4 petang hingga 7 petang serta jarak penghantaran tidak melebihi 10 kilometer serta mematuhi syarat-syarat lesen yang lain.
Pendaftaran peniaga dan penjaja secara dalam talian mengikut pautan setiap PBT seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) http://msdesk.mbmb/gov.my/event/daftar.cfm; Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) https://grgo.page.link/2GLin; Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) https://grgo.page.link/2GLin; dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) http://www.ammphtj.gov.my/ebazar/ dan bagi pendaftaran untuk penghantar makanan, perniagaan : https://qrgo.page.link/2GLin dan runner : https://qrgo.page.link/By28G.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020
Semua peniaga dan penjaja kecil juga mesti melantik dua orang penghantar makanan atau runner yang perlu berdaftar dengan PBT. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Kerajaan Melaka akan kemuka cadangan wujud Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah
Mohamad Iqmal Daniel yang menunggang Yamaha 135LC sedang membawa dua adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka ke SK Sungai Tuang.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Melaka laksana program khas bantu mudahkan OKU dapat lesen memandu
Golongan OKU berpeluang berdikari dan mencari pendapatan sendiri seperti berniaga menggunakan motosikal roda tiga.
Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.