Polis Thailand memintas sebuah lori yang membawa 280kg heroin di sebuah pusat pemeriksaan imigresen dan kastam di Narathiwat, selatan Thailand, hanya beberapa minit sebelum ia memasuki sempadan Kelantan, Malaysia pada Ahad.
Menurut ketua Biro Anti Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk, dua lelaki rakyat tempatan dari wilayah Pattani yang berada dalam lori tersebut ditahan dalam operasi polis pada jam 5 petang (waktu tempatan).
"Kami berjaya menahan lori dengan muatan 280kg heroin di pusat pemeriksaan imigresen dan kastam Narathiwat sejurus sebelum ia memasuki sempadan Malaysia. Apabila diperiksa, para pegawai menemukan 800 ketulan heroin seberat 280kg disembunyikan dalam lori itu," kata beliau kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kejayaan operasi itu juga adalah hasil kerjasama rapat antara polis anti narkotik Thailand dan rakan sejawatan mereka dari Malaysia yang ditempatkan di sepanjang sempadaan.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai peranan polis dari Malaysia dalam operasi itu.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat selanjutnya berhubung penemuan dadah dalam lori tersebut, kata Sommai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 11 2018
Polis Thailand menahan sebuah lori di Pusat Pemeriksaan Imigresen dan Kastam di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand pada Ahad. - BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.
Dadah bernilai AS$9.2 juta dirampas di Sydney
NSW Australia merampas kira-kira 12 kilogram (kg) heroin dan 16 kg MDMA di Sydney.
Kastam serah laporan awal siasatan kes dadah di Australia kepada PM
JKDM telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.
Dua beradik didakwa edar heroin lebih 40kg
Tertuduh, M Kumar, dan adiknya, Govindasamy, hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan.
Edar dadah di bangsal lembu, tiga lelaki ke tali gantung
Tiga lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines dengan berat keseluruhan 585.1 gram (g).
Polis Melaka lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM80,000
Polis Melaka melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM80,724.47.
Polis Langkawi tahan tiga individu, rampas dadah bernilai RM141,058
Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki dalam tiga siri serbuan serta merampas syabu dan heroin bernilai RM141,058 di Langkawi.
Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin
Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM86,390 dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat.
Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan
Kesemua suspek berusia 23 hingga 38 tahun itu direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos untuk siasatan lanjut