Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet pada Selasa, berkata platform itu akan digunakannya untuk membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.
Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaan yang diberikan.
"Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
"Saya juga akan membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri.
"Pada masa sama, saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," katanya dalam kenyataan susulan rombakan itu.
Menurutnya, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baharu dilantik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Anggota Parlimen Pulai itu mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini disandang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Rombakan Kabinet yang diumumkan Najib di Putrajaya itu antara lain menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyifatkan pelantikannya sebagai amanah amat besar untuk beliau laksanakan sebaik mungkin.
"Saya akan membantu Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang dalam usaha untuk mentransformasikan kawasan luar bandar supaya tidak ketinggalan ketika negara mencapai status negara maju menjelang 2020," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata usaha akan dilakukan bagi meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau dikenali sebagai 'Bottom 40' (B40) khususnya di kawasan luar bandar.
Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon pula berkata menerusi pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau akan berusaha membawa sektor pendidikan ke tahap lebih tinggi untuk semua masyarakat.
"Terima kasih kepada perdana menteri atas pelantikan itu serta sokongan daripada parti (MCA). Ia merupakan tanggungjawab berat dan sangat penting buat saya," katanya.
Chong berkata beliau telah berjumpa dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong bagi mendapatkan pandangan mereka.
Bernama
Wed Jul 29 2015
Anggota Parlimen Pulai itu mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini disandang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. -Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Fasa satu kompleks ternakan ayam Felcra siap sepenuhnya Februari depan
Fasa satu projek kompleks ternakan ayam pedaging berskala besar secara sistem tertutup di Tanjung Seratus di sini, yang meliputi 10 reban dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.
PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan
Hapus tunggakan bil air, turun cukai tanah antara manifesto BN-PH Kelantan
Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan
Pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.
Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra
Pelantikan itu bermula 1 Mac lalu dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.
PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang
Wan Ahmad Fayhsal menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan
Antara calon baharu berkenaan adalah bagi Parlimen Tumpat, Rantau Panjang, Kuala Krai, Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa.
Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.
PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN
UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.