Malaysia telah mengambil langkah mengendurkan ketegangan tercetus daripada pertikaian maritim yang sedang berlaku dengan Singapura, dan telah mengundurkan beberapa buah kapalnya dari perairan wilayah republik itu.
Namun, sebuah kapal masih berada di perairan Singapura setakat 12 Disember, menurut The Straits Times.
Menyebut Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan yang mendesak Malaysia mengundurkan semua kapalnya, laporan itu berkata kehadiran kapal itu menimbulkan 'risiko yang tidak wajar' dan boleh membawa kepada 'peningkatan aksidental di darat'.
Risiko ini juga 'tidak kondusif kepada rundingan bilateral yang bakal diadakan bulan depan', Khaw disebut sebagai berkata.
Setakat tengah hari Jumaat lepas, terdapat tiga kapal Malaysia berada di perairan Singapura, kata laporan itu.
Mengenai sama ada rundingan itu, yang kedua-dua negara telah bersetuju diadakan pada minggu kedua Januari - memakai syarat agar kapal-kapal Malaysia berundur sepenuhnya dari perairan yang dipertikaikan, Khaw dilaporkan berkata: "Kami komited untuk berunding dan kami akan berunding, itu memang sikap kami."
"Penyelesaian sentiasa merupakan cara terbaik untuk terus maju," tambahnya. "Tetapi dengan kehadiran kekal kapal Malaysia "tidak menguatkan lagi kes anda dari segi undang-undang".
Katanya, komitmen Malaysia untuk mengambil segala langkah berkesan bagi mengendurkan sebarang ketegangan merupakan 'langkah baik mengikut haluan yang betul'.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Disember berkata kapal-kapal Malaysia akan terus berada di perairan yang dipertikaikan di sepanjang sempadan maritim Malaysia-Singapura.
Katanya, kapal-kapal itu akan terus berada di sana sehingga proses rundingan mengenai sempadan maritim antara kedua-dua negara selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 12 2018
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan yang mendesak Malaysia mengundurkan semua kapal. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar
Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.
Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.
Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut
Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad.
Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal.
Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui
Kapal layar 'Endurance' dengan tiga tiang itu yang karam ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.
Pernah dianggap hilang selamanya, bangkai kapal 130 tahun ditemui
Kapal itu ditemui pada kedalaman 650 kaki di bawah permukaan tasik.
Pengusaha bot, kapal disaran guna bantuan kerajaan kembangkan perniagaan ke luar negara
Ia bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Northport catat kendalian kontena ke-3,305,765 TEU, tertinggi dalam sejarah
Kendalian kontena untuk tahun 2021 setakat ini adalah 20.7% lebih tinggi berbanding tahun 2020.