Datu Junaidi Reduan secara rasmi bergelar Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) yang ketujuh.

Majlis Angkat Sumpah penuh istiadat berlangsung di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara dan disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan Datuk Abdul Wahap Abang Julai yang telah menamatkan perkhidmatannya selama 8 tahun sebagai Datuk Bandar DBKU pada 31 Ogos 2019 lalu.

Dilahirkan pada 12 September 1958 Datu Junaidi memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi).

Beliau sebelum ini memegang beberapa jawatan dalam Kerajaan Negeri Sarawak antaranya Ketua Penolong Setiausaha Pengarah Perolehan, Pengarah Belanjawan dan TImbalan Setiausaha Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.