MERUJUK kepada isu kemalangan sebuah bas dengan 10 buah kenderaan di Terowong Menora baru-baru ini, ramai pihak yang mempersoalkan mengapa syarikat bas yang memiliki 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan masih dibenarkan untuk beroperasi?
Apabila berlakunya kemalangan dan video rempuhan bas menjadi viral, banyak pihak telah membuka mata dan menyedari bahawa syarikat bas yang mempunyai saman terkumpul tidak sepatutnya dibenarkan beroperasi untuk orang awam.
Walaupun perkhidmatannya untuk memudahkan perjalanan orang awam, namun ianya juga boleh menjadi satu ancaman nyawa untuk pengguna jika syarikat bas mahupun pemandu bas mempunyai senarai saman yang terlampau banyak.
BACA: Pemandu bas rempuh 10 kenderaan akan ditahan
BACA: Insiden bas rempuh kereta: Pemandu bas ditahan reman empat hari
Pertindihan saman antara pihak JPJ, PDRM, dan SPAD juga tidak mustahil kerana ketiga-tiga agensi ini mengamalkan sistem saman yang berlainan.
Hal ini akan menimbulkan kesukaran kepada pihak syarikat bas, pemandu bas malah pihak berkuasa juga sukar untuk mengenalpasti jumlah saman yang terkumpul.
Cadangan daripada Menteri Pengangkutan supaya menyelaraskan sistem saman antara ketiga-tiga agensi ini amat dialu-alukan kerana ianya memudahkan pengguna untuk menyemak saman yang terkumpul dalam satu sistem sahaja.
BACA: Sedia kawasan khas berdekatan Terowong Menora
TONTON: Tindakan tegas terhadap syarikat
Selain daripada isu kemalangan bas yang selalu diberikan penekanan dalam media massa, bagaimana pula dengan isu kemalangan kenderaan berat yang lain seperti treler dan lori?
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemandu treler yang telah merempuh beberapa buah kenderaan sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anak pada bulan lepas?
Treler tersebut dikhabarkan terbabas daripada lorong kanan sehingga merempuh beberapa buah kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan trafik. Adakah ianya perkara biasa untuk sebuah treler berada di lorong paling kanan?
Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa berita berhubung dengan kemalangan treler yang berpunca daripada masalah brek. Kemalangan ini menjadi serius apabila ianya melibatkan nyawa-nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.
Justeru itu, apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemandu dan pihak syarikat treler berkenaan? Masalah brek merupakan perkara yang perlu dititikberatkan apatah lagi jika ianya melibatkan kenderaan berat seperti treler dan bas yang boleh menggugat tahap keselamatan jalan raya.
Mengapakah permasalahan brek ini masih belum menemui jalan penyelesaian bagi mengurangkan kemalangan yang turut membabitkan nyawa orang awam? Apakah sistem penyelenggaraan kenderaan berat dipandang enteng sehingga menyebabkan permasalahan brek merupakan punca utama kemalangan jalan raya?
Adakah terdapat pihak-pihak yang bertindak sebagai badan pemantauan dalam mengawasi tahap penyelenggaraan kenderaan berat?
Adakah pihak syarikat kenderaan berat patuh dengan tempoh penyelenggaraan yang telah ditetapkan? Jika ya, mengapa masih banyak kemalangan berpunca daripada masalah brek?
Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya kemalangan berpunca daripada kecuaian sistem teknikal kenderaan itu sendiri apatah lagi jika ianya melibatkan sebuah kenderaan berat seperti bas, treler, dan lori?
TONTON: Cadangan pemasangan AES dekat Terowong Menora
Dengan merujuk artikel pendapat saya di dalam Free Malaysia Today pada bulan lepas, saya pernah mengutarakan persoalan ini “Jika masalah brek pada kenderaan berat masih tidak dibendung lagi, tidak mustahil untuk berlakunya lagi siri rempuhan daripada kenderaan berat ini.
Secara tidak langsung, kita sebagai pengguna jalan raya seolah-olah memperjudikan nyawa masing-masing terutama ketika bertemu dengan kenderaan berat di atas jalan raya”.
Dan selepas beberapa hari artikel ini dikeluarkan, berlaku lagi siri rempuhan yang seterusnya di Terowong Menora ketika orang ramai sedang berpusu-pusu pulang ke bandar selepas menyambut perayaan Aidilfitri.
Dengan kadar kekerapan kemalangan akibat masalah brek yang semakin tinggi, perkara ini jelas terbukti bahawa pihak-pihak yang berkewajipan perlu membuka mata dan mencari jalan penyelesaian bagi perkara ini.
Apabila kita hanya tunggu 'sudah terhantuk baru tengadah', ianya hanyalah perbuatan yang sia-sia sahaja kerana nasi yang dah menjadi bubur tidak boleh kembali semula ke bentuk pepejal.
BACA: Sikap pengguna faktor utama kemalangan di sekitar Terowong Menora
Selain itu, jika diperhatikan terdapat nombor hotline SPAD pada kenderaan berat seperti treler dan lori. Apakah fungsi nombor hotline SPAD di situ kerana pada kebiasaannya jika pemandu memandu melebihi had laju, pengadu sudah pasti akan menghubungi pihak JPJ untuk membuat laporan selanjutnya.
Perkara ini amat mengelirukan pengguna kerana kelihatan seperti terdapat pertindihan bidang kuasa antara pihak JPJ dengan SPAD. Saya ingin mencadangkan pihak agensi pengangkutan supaya menubuhkan satu medium aduan sahaja untuk memudahkan pengguna membuat aduan dan juga memudahkan pihak JPJ, PDRM, dan SPAD dalam mengakses data aduan pengguna.
Dengan sistem aduan yang wujud pada masa kini amat mengelirukan pengguna kerana pihak JPJ dan SPAD mempunyai sistem aduan yang berbeza. Sebagai contoh jika pengadu ingin membuat aduan mengenai kesalahan pemandu treler atau lori, adakah pengguna perlu membuat aduan kepada JPJ atau SPAD?
Sistem saman dan juga sistem aduan perlu diselaraskan untuk memudahkan pengguna mahupun pihak berkuasa untuk mengakses sistem yang sama. Perkara ini boleh mengelakkan pertindihan saman dan aduan yang sama.
Akhir kata, pihak-pihak yang berkewajipan perlu membuat sesuatu dalam mengurangkan kemalangan yang berpunca daripada masalah brek terutama yang melibatkan kenderaan berat.
Sanggupkah kita melihat nyawa-nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah untuk menjadi mangsa kemalangan yang seterusnya? Jangan biarkan pengguna jalan raya yang lain mati katak hanya disebabkan masalah teknikal kenderaan berat!
Pihak-pihak yang tertentu perlu bertanggungjawab di atas penyelenggaraan masalah teknikal brek kenderaan berat kerana telah banyak nyawa orang awam melayang kerana masalah mereka!
* Artikel ini ditulis oleh Nur Asyikin Aminuddin dari Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users)
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Astro Awani
Thu Jul 28 2016
Bas yang merempuh 10 buah kenderaan berhampiran Terowong Menora mempunyai 63 saman tertunggak.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Prasarana belanja RM2.8 bilion tambah baik tren, bas
Prasarana Malaysia Bhd akan membelanjakan sejumlah RM2.8 bilion untuk alat gantian tren dan menambah bilangan tren serta bas.