Tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang melakukan sendiri pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes rasuah, adalah normal dan bukan di luar jangka.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata adalah lebih bersopan dan wajar bagi peguam negara untuk mengemukakan pendakwaan terutamanya dalam kes berprofil tinggi membabitkan orang kenamaan dan menteri.
Muhammad Shafee berkata demikian di luar mahkamah selepas prosiding pendengaran permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terlebih dahulu memberi keterangan dalam kes saman fitnah dikemukakan penasihat PKR itu terhadap Khairy.
Muhammad Shafee sebelum itu ditanya oleh seorang wartawan sama ada wajar Apandi sendiri melakukan pendakwaan terhadap Guan Eng.
"Ia adalah normal dan hakikatnya memang sudah dijangkakan. Apabila ada pendakwaan di pihak kerajaan, semuanya rasa gembira, tetapi apabila ada pendakwaan terhadap pihak pembangkang semuanya didakwa sebagai pendakwaan terpilih... kenapa begitu?
"Dalam kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam, Peguam Negara (ketika itu) Tan Sri Gani Patail yang turun mendakwa dan ketika itu Kasitah masih menteri Kabinet. Saya rasa itu adalah lebih bersopan dan lebih wajar bagi peguam negara untuk mengemukakan pendakwaan," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan menetapkan pada 22 Julai ini untuk keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Khairy terlebih dahulu memulakan keterangan dalam kes saman bekas ketua pembangkang itu.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa beliau ada mengeluarkan perkataan fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com.
Bernama
Tue Jul 05 2016
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata adalah lebih bersopan dan wajar bagi peguam negara untuk mengemukakan pendakwaan terutamanya dalam kes berprofil tinggi membabitkan orang kenamaan dan menteri. - Gambar fail
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.