Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Khamis membidas dakwaan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menyifatkan ahli parlimen melompat parti sebagai tidak bermaruah dan tiada pegangan.
Menganggap dakwaan yang dikeluarkan itu hanyalah bersifat politik, Kiandee berkata Bung Moktar sebenarnya telah maklum akan sejarah UMNO di Sabah yang terbentuk hasil daripada mereka yang turut beralih parti.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang dipimpin UMNO pada 1994, adalah mewarisi daripada mereka yang beralih parti daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada UMNO dan menyokong BN sehingga terbentuk Kerajaan UMNO-BN pada 1994.
"Sebab itu bila diungkapkan kami tidak bermaruah, saya anggap itu kenyataan politik kerana (anggota Parlimen) Kinabatangan faham bahawa UMNO juga bila dikatakan (ambil anggota) beralih parti, juga tidak bermaruah. UMNO juga pernah merangkumkan mereka yang beralih parti dalam kerajaan sehingga 2018," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.
Bung Moktar ketika membahaskan usul sama pada Rabu berkata golongan yang melompat parti dianggap tidak mempunyai perjuangan, tiada kekuatan selain tidak mempunyai maruah.
Kiandee turut tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa rakyat akan menghukum mereka yang beralih parti pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dicalonkan semula kerana sejarah di Sabah membuktikan mereka yang melompat parti masih dipilih rakyat di kawasan masing-masing.
Malah, Kiandee yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 15 Mac lepas, mahu rakyat menilai sendiri tindakan penghijrahan 'berjemaah' bekas anggota UMNO Sabah.
"Kalau Beluran beralih parti secara berseorangan, mungkin boleh dilihat sebagai alasan peribadi, tetapi kalau berhijrah secara berkelompok, ia perlukan satu selaman jiwa, apakah punca sehingga berlakunya begitu ramai penghijrahan dalam kalangan ahli parti (UMNO) di Sabah dan hampir melumpuhkan badan perhubungan parti di negeri tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2019
Kiandee mahu rakyat menilai sendiri tindakan penghijrahan 'berjemaah' bekas anggota UMNO Sabah. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.