Pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) Perak akan memohon perkenan menghadap dan menyembah nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berharap supaya akan berlaku transisi pentadbiran yang baik antara Barisan Nasional (BN) dan Harapan.
Beliau pada masa sama enggan mengulas lanjut kedudukan Pas yang dilihat mungkin menjadi penentu kepada kerajaan negeri Perak, atau sebagai 'king maker'.
“Buat masa ini, pihak kami hanya akan membincangkan perkara yang saya sebutkan tadi (menghadap Sultan Nazrin). Perkara-perkara yang akan jadi esok atau lusa tak dapat kami sebut pada ketika ini.
“InsyaAllah apabila kami telah diterima menghadap Sultan Nazrin, dan sebagainya, akan kami maklumkan kepada rakan media,” katanya enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Aziz Khalidin mengumumkan secara rasmi kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Putrajaya hari ini.
Ahmad Faizal pada masa sama berterima kasih kepada rakyat negeri Perak yang bukan sahaja memberi mandat kepada Harapan di Perak, malah di peringkat Persekutuan.
Beliau bertekad, Harapan Perak akan memikul mandat yang diberi sebaik mungkin demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
BN Perak memperoleh 27 kerusi DUN yang masih memungkinkannya menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan sekiranya wujud kerjasama antara parti itu dan Pas yang dilihat sebagai 'king maker' atau penentu parti mana yang memerintah.
Harapan mendahului kiraan kerusi di Perak dengan 29 kerusi DUN, kurang satu kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sementara Pas memenangi tiga kerusi.
30 kerusi diperlukan untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah di Perak.
Kebiasaan yang dilakukan oleh demokrasi berparlimen sebelum ini memerlukan parti-parti politik bergabung untuk mendapatkan kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan campuran.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 09 2018
Ahmad Faizal Azumu bersama Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ketika sidang media khas Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 di Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.