REAL MADRID 2 (4) BAYERN MUNICH 2 (3)
Sergio Ramos percaya Real Madrid layak berada dalam final Liga Juara-Juara Eropah walaupun memperagakan prestasi sangat tidak menentu ketika seri 2-2 dalam separuh akhir kedua untuk menang agregat 4-3 berdepan Bayern Munich di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Joshua Kimmich meletakkan Bayern di depan selepas tiga minit perlawanan dimulakan tetapi Karim Benzema bertindak balas lapan minit kemudian dan dihadiahkan dengan satu peluang mudah 30 minit menuju rehat apabila penjaga gol, Sven Ulreich, tergelincir ketika menangkap hantaran ke belakang dari Corentin Tolisso.
James Rodriguez menyamakan kedudukan sekali lagi menentang kelab induknya, tetapi Bayern gagal memburu gol ketiga yang akan membawa mereka ke final di Kiev pada 26 Mei ini.
Bayern menikmati permainan yang lebih baik, melepaskan beberapa peluang dalam kotak penalti termasuk ketika Ramos dua kali mengekang usaha Robert Lewandowski dan bola juga kelihatan terkena tangan Marcelo, namun pengadil, Cuneyt Cakir, tidak mengesahkannya.
Madrid kini akan menghadapi sama ada Liverpool atau Roma dalam perlawanan akhir dan Ramos berkata: "Apabila kamu mempunyai keputusan yang baik, kamu tidak sedar aksi kamu lebih santai.
"Mereka mempunyai lebih banyak penguasaan berbanding kami, kami menderita tetapi secara umum, pasukan kami layak berada di Kiev.
"DNA Real membawa kami untuk ke perlawanan akhir, kami akan mempunyai lawan yang sangat sukar dalam final. Orang terus bercakap, kami suka melakukan tugas di padang.
"Saya berbangga dengan pasukan ini. Mereka adalah pasukan yang hebat dan telah membuktikannya selama bertahun-tahun."
Penjaga gol, Keylor Navas, menambah: "Kami banyak menderita dan pada akhirnya kami berada dalam final yang dimahukan. Kami mencipta sejarah.
"Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk keluar dan menyerang, mereka adalah pasukan yang hebat dan secara individu mereka mempunyai pemain boleh membuat perbezaan.
"Ini untuk semua, kami perlu menikmati dan memberi kegembiraan kepada semua orang."
Astro Arena
Wed May 02 2018
Bayern menikmati permainan yang lebih baik, melepaskan beberapa peluang dalam kotak penalti termasuk ketika Ramos dua kali mengekang usaha Robert Lewandowski. - Foto Astro ARENA
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich.
Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.
Bochum lakar kejutan, Bayern Munich tewas sekali lagi
Jamal Musiala memberikan gol pendahuluan buat pelawat, tetapi Bochum membalas melalui Takuma Asano dan Keven Schlotterbeck.
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Hatrik Kane bantu Bayern benam Bochum
Tujuh jaringan itu meletakkan Kane di depan Gerd Mueller, Miroslav Klose dan Mario Mandzukic yang masing-masing menjaringkan lima gol.
UCL: Andre Onana hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik
Andre Onana sedar dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapan membenarkan rembatan Leroy Sane melepasi jangkauannya dengan mudah.