SEJAK empat tahun lalu, saya ada seorang pembantu rumah. Namanya Fatimah dan asalnya dari Solo, disebut juga Surakata.
Pada 20 Oktober 2014, berbeza dari hari-hari lain yang dilaluinya, Fatimah tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan takjub melihat individu dari tempatnya menyedut oksigen kehidupan, kini meniupkan pula obor baru demokrasi tanah warisan bernama Indonesia.
Fatimah hanya satu contoh, daripada lebih 253 juta kekaguman -- yang bergerak pula menjadi jentera pendukung di belakang Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi. Kuasa kekaguman itulah yang membawa Jokowi ke puncak kuasa, menukar kerjaya pengusaha perabut kepada pentas Tuan Terutama.
Komponen sesebuah negara
Dalam banyak perkara, dunia ini terbentuk komponennya atas konsep sebagai beberapa negara, digerakkan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang.
Yang menggerakkan peraturan dan undang-undang pula, tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat atau warganegara, yang mengisi konsep sesebuah negara itu.
Maka, yang mewarnai negara itu adalah rakyat serta peraturan yang digubal untuk menjaga mereka, sama ada semakin baik atau sebaliknya. Peraturan itu pula, tidak boleh sewenang-wenangnya digubal atau dilaksanakan kerana memerlukan seseorang yang dipilih untuk menjayakannya.
Dalam prosesnya, negara itu terbentuk dahulu, kemudiannya pilihan raya. Ini kerana pilihan raya ialah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat.
Manakala, demokrasi pula adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil kerajaan atau demoratik.
Kuasa rakyat dan demokrasi
Atas kuasa dan nama demokrasi, rakyat Indonesia memilih Jokowi dan menolak Prabowo Subianto pada pilihan raya Presiden paling sengit baru-baru ini. Kerana kehendak rakyat juga, Jokowi, asalnya dari bawah, mendaki satu persatu tangga sehingga sampai kemuncaknya, duduk di kerusi Presiden. Maka, kerana itu, rakyat paling wajar meraikan kemenangan Jokowi.
Justeru, tiada sebab rakyat Indonesia mahu elak rasa takjub dengan kisah kejayaan Jokowi pada hari ini, era baru di Indonesia.
Dalam setiap keraian, tentunya ada penamat atau kisah akhirnya. Begitu juga kisah Jokowi. Di ruangan lidah pengarang "The Jakarta Globe", ada menyebut mengenai kisah bulan madu Jokowi yang mula tamat sebaik sahaja angkat sumpah berakhir.
Rekod bersih Jokowi bukan tidak mengalu-alukan Jokowi kerana kepada mereka, Jokowi tiada apa-apa kekurangan untuk membolehkan beliau muncul Presiden yang lebih baik berbanding enam Presiden terdahulu. Kata lidah pengarang itu, "Buku rekod Jokowi tidak rosak dengan pen merah, tiada rungutan sama sekali. Jokowi muncul Presiden pertama tiada pertalian darah dengan diktator Suharto.
"Beliau lurus, jujur dan suci, terpancar kekuatan mendahulukan rakyat semasa Jokowi menjadi Datuk Bandar Solo dan kemudiannya Gabenor Jakarta."
Bagaimanapun, tulisan pendek dalam lidah pengarang itu memberi amaran bahawa ujian menanti Jokowi membuat keputusan dalam mengemudi Indonesia menuju demokrasi baru berpaksikan kuasa rakyat. Semestinya, minggu pertama menduduki kerusi Presiden, menjadi sorotan pemerhati politik.
Ini ujian baru buat Jokowi. Ini, baru ujian untuk Jokowi.
Menguruskan Solo dan Jakarta tidak lagi sama atau mirip menguruskan seluruh Indonesia. Di dalamnya, ada 253 juta perut menanti diisi ekonomi yang dirangsang; ada bukan satu kelompok yang perlu disatukan menerusi politik akal dan bukannya kepentingan takhta dan rasa; wujud berlapis-lapis akar kecenderungan rasuah birokrasi yang perlu ditapis, selebihnya dihakis.
Janji-janji Presiden
Awal-awal lagi, Jokowi menjanjikan reformasi dalam ekonomi, bahawa Indonesia boleh catat pertumbuhan 7 peratus. Jokowi juga berjanji untuk kurangkan kerenah birokrasi, hapuskan rasuah daripada membarah lebih buruk diwariskan pemimpin terdahulu. Hal-hal ini sebenarnya sudah dijayakan dalam diam dan terang oleh Jokowi. Tetapi, itu dilakukan semasa menjadi Datuk Bandar Solo dan Gabenor Jakarta.
Menyedari tiada daya untuk melakukan turun padang ke seluruh Indonesia, Jokowi akan menggunakan teknologi untuk membantunya menembusi hati rakyat.
Terima kasih kepada komunikasi sidang telefon. Dalam hal ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sudah memberi jaminan untuk membantu Jokowi merealisasikan hasrat itu.
Untuk rekod, sepanjang 10 tahun pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono, bekas Presiden itu hanya menggunakan dua peluang "tele-conference" untuk memaklumkan kerja-kerja dilakukan kerajaan. Tetapi Jokowi menjanjikan lapan sidang itu akan diadakan dalam tempoh awal pemerintahannya nanti.
Presiden Rakyat
Sebagai Presiden pilihan rakyat, sudah pasti ada di kiri kanan dan depan belakang Jokowi ada musuh dari kalangan ahli politik yang tidak senang dengan kesenangan itu. Watak bantahan itu sudah pasti akan menggerakkan plot cerita politik Presiden di tempatnya, Parlimen.
GALERI FOTO: WAJAH-WAJAH JOKO WIDODO
Kalau belum lupa, baru-baru ini ahli parlimen majoriti setuju untuk mansuhkan pilihan raya peringkat tempatan, satu proses yang dijalani Jokowi -- satu bentuk pesanan bantahan ke atas Jokowi. Malah, lebih buruk, SBY melalui Parti Demokrat juga menyokong cadangan itu.
Kesannya, Jokowi mewarisi sebuah kepimpinan berpecah-pecah. Ini juga perlu ditangani Jokowi dalam waktu terdekat pentadbirannya. Tetapi, di sebalik cabaran dan rasa tiada bantuan daripada politikus itu, keyakinan Jokowi digerakkan ada rakyat di belakangnya. Itu kekuatan Jokowi. Bergerak daripada kekuatan rakyat itu, Jokowi percaya kepada bernegara, pilihan raya dan demokrasi.
Berkhidmat Untuk Rakyat
Bernegara, pilihan raya dan demokrasi saling berkait untuk menentukan elemen di dalamnya tidak lumpuh. Sebuah negara ada kerajaan, perkhidmatan awam, Parlimen, pilihan raya, parti politik yang rencam dan sebagainya. Inilah yang perlu ditanggung ahli-ahli Parlimen untuk dijawab pula kepada rakyat dalam proses demokrasi itu.
Kepada Jokowi, jika mereka tidak bertanggungjawab, mereka menganiaya rakyat. Kerajaan dan negara dibentuk untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau zalimi rakyat, namanya bukan demokrasi. Kerana tidak aniaya rakyat, Fatimah dan lain-lain jutaan warga Indonesia kagum dengan Jokowi, lalu beliau naik kuasa pada satu tarikh, 20 Oktober di tahun 2014.
Melihat cara penerimaan Jokowi kepada cabaran-cabaran yang didepaninya, barangkali tidak keterlaluan dikatakan -- hasrat Jokowi cuma satu, kerana rakyat itu hakim, maka biar rakyat tentukan siapa ahli politik, bermain politik, mempergunakan politik yang akhirnya menjadi mangsa politik juga.
Indonesia mengalu-alukan pemimpin rakyat Jokowi, dunia menantikan percaturan politik sosok bernama Joko Widodo, Presiden Indonesia ke-7.
Dr Azlinariah Abdullah
Tue Oct 21 2014
Kepada rakyat yang memilihnya, Jokowi tiada apa-apa kekurangan untuk membolehkan beliau muncul Presiden yang lebih baik berbanding enam Presiden terdahulu. - Gambar fail
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.
Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.
Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.
Setahun PM Anwar: Politik Malaysia stabil, kepercayaan rakyat kepada demokrasi pulih
Perdana Menteri ke-10 itu berjaya memimpin kerajaan Pusat tanpa tekanan politik keterlaluan.
Cadangan pilihan raya pemilihan pengawas sekolah menengah disambut baik
Pemilihan pengawas sekolah akan membolehkan pelajar memahami proses pengundian dan kerja sistem demokrasi di negara ini.
Latihan praktikal beri kefahaman menyeluruh tentang sistem demokrasi
Pendidikan politik perlu dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah menengah bagi memberi pendedahan terhadap sistem demokrasi.
Pasca PRN: Kepimpinan politik tidak faham konsep demokrasi - Penganalisis
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan ucapan yang diberikan oleh beberapa pemimpin tertinggi gabungan ketika berkempen bagi PRN.
Terima kasih RTM, tampil kerjasama dengan Astro AWANI jayakan Debat Ekonomi Rafizi-Syahir
Satu diskusi penyelarasan akan dibuat antara kedua-dua pihak pendebat dalam masa terdekat bagi merencana dan membentuk persetujuan berkaitan program.