Sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dikenal pasti untuk disenaraikan dalam platform e-dagang yang terkenal, AliBaba.com. menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pemilihan bermula pada 1 Oktober ini meliputi PKS di seluruh negara yang layak dan produk yang pelbagai.
Proses pemilihan akan dibuat oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp), Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu PKS 2017 peringkat kebangsaan yang bermula pada 4 Mei hingga 26 Mei di sini, pada Khamis.
Katanya penyenaraian di dalam AliBaba.com akan menggunakan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) sebagai platform pemasaran mereka.
"Kita yakin pelaburan Ali Baba akan menjadi pemangkin yang cukup penting untuk melonjakkan pencapaian PKS negara dalam usaha menembusi pasaran luar," katanya.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi SME Corp Malaysia Tan Sri Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim.
Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan dalam peringkat akhir merangka akta untuk memperkasakan PKS yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang.
Beliau berkata akta tersebut akan membangunkan PKS dengan lebih teratur, terutamanya dalam pengumpulan data.
"Pengumpulan data merupakan perkara yang penting. Kita akan beri tumpuan kepada usaha-usaha melalui Jabatan Perangkaan untuk data yang mencukupi," katanya.
Terdahulu, Mustapa melancarkan Hab PKS Bergerak yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memudahkan rakyat berurusan dengan SME Corp.
Bertemakan "Mula Berdikit, Azam Melangit", Minggu PKS dianjurkan oleh SME Corp secara tahunan sejak 2012. Ia bertujuan menarik minat usahawan dan orang ramai untuk menyertai dan meraih manfaat daripada bantuan dan sokongan perniagaan melalui pelbagai agensi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017
Sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dikenal pasti untuk disenaraikan dalam platform e-dagang yang terkenal, AliBaba.com. menjelang akhir tahun ini.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.
Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.
Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.
Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.
Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.
Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.
Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.
Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.
Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.
Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.