GEELY membuat kejutan dengan mengumumkan pelancaran 11 satelit berorbit rendah dalam usaha menawarkan lebih kejituan navigasi untuk kereta swapandu keluaran mereka.

Geely telah melancarkan satelit pertama mereka pada Jun 2022, dan menyasarkan untuk melancarkan sekitar 72 satelit menjelang 2025.

Selain menawarkan kejituan pada navigasi, satelit ini juga dijangka menawarkan pengimejan penderiaan jauh beresolusi tinggi melaluinya.

Secara keseluruhan, Geely menyasarkan untuk melancarkan sejumlah 240 satelit berorbit rendah, dan membentuk buruj tersendiri dalam menawarkan sejumlah perkhidmatan kepada pengguna produk keluaran mereka. -Amanz