Hasil Kerajaan Persekutuan termasuk dividen khas PETRONAS dijangka lebih tinggi sebanyak RM261.8 bilion atau 17.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019, berbanding RM236.5 bilion atau 16.5 peratus kepada KDNK yang diunjurkan bagi 2018.
Dari jumlah itu, hasil cukai menjadi komponen utama dengan jangkaan kutipan RM176.2 bilion berbanding sasaran RM174.7 bilion yang disemak bagi 2018.
Bagaimanapun, peratusan kepada KDNK dijangka menyusut sedikit kepada 11.5 peratus daripada 12.2 peratus pada 2018, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
Secara keseluruhan, kutipan cukai langsung dijangka menyumbang 76.7 peratus kepada hasil cukai kepada RM135.1 bilion pada 2019, peningkatan 1.2 peratus berbanding RM133.5 bilion yang diunjurkan pada 2018.
Peningkatan ini diunjur akan disumbangkan oleh kutipan cukai pendapatan petroleum (PITA) yang lebih tinggi sebanyak RM18.1 bilion berbanding RM16.8 bilion yang dianggarkan pada 2018 di tengah-tengah andaian harga minyak mentah yang sederhana.
Sementara itu, cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan syarikat (CITA) dijangka berjumlah RM35 bilion (2018: RM34.8 bilion) dan RM70.2 bilion (2018: RM70.5 bilion) pada 2019.
Hasil daripada duti setem (2019: RM6.3 bilion), Cukai Keuntungan Harta Tanah (2019: RM1.8 bilion) dan cukai langsung lain pula, dijangka meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada RM8.2 bilion tahun depan.
"Pada masa sama, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Cukai untuk melakukan kajian menyeluruh sistem percukaian bertujuan memperluaskan asas cukai dan mengurangkan jurang cukai," kata laporan itu.
Bagi cukai tidak langsung, kutipan dijangka menurun sedikit kepada RM41.1 bilion (2018: RM41.2 bilion) dengan RM22 bilion dianggarkan disumbangkan oleh pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Kutipan duti eksais pada 2019 pula dijangka akan meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada RM11.4 bilion berikutan permintaan yang lebih tinggi ke atas kenderaan bermotor.
"Berdasarkan kajian separuh pertama 2018 oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan kenderaan dijangka meningkat dua peratus pada 2019 sejajar permintaan berterusan untuk model kenderaan baharu dan promosi agresif oleh syarikat automotif," tambah laporan itu.
Sementara itu, duti eksport dijangka kekal pada RM1.6 bilion dan duti import meningkat lima peratus kepada RM2.9 bilion (2018: RM2.8 bilion).
Bagi hasil bukan cukai, kutipan disasarkan melonjak kepada RM85.7 bilion pada 2019 daripada jangkaan RM61.8 bilion bagi 2018 disumbang oleh kutipan faedah dan pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
Sebahagian besar pulangan pelaburan meliputi dividen daripada PETRONAS berjumlah RM54 bilion tahun ini berbanding anggaran RM26 bilion pada tahun sebelumnya.
Daripada RM54 bilion, RM30 bilion adalah dividen khas yang akan digunakan untuk membayar balik tunggakan bayaran balik cukai.
"Pembayaran bayaran balik cukai akan meningkatkan aliran tunai perniagaan dan isi rumah, seterusnya merangsang aktiviti ekonomi," jelas laporan itu.
Sementara itu, kutipan hasil lesen dan permit disasarkan berkembang enam peratus kepada RM15.6 bilion, disumbang oleh kutipan royalti petroleum sebanyak RM5.6 bilion, lesen kenderaan bermotor sebanyak RM3.5 bilion dan levi pekerja asing.
Peratusan pendapatan berkaitan petroleum kepada jumlah hasil tidak termasuk dividen khas PETRONAS dianggarkan meningkat sedikit kepada 19.5 peratus pada 2019 daripada 21.7 peratus, tahun lepas.
"Walaupun cukai berasaskan kepenggunaan berkurang, peratusan hasil berkaitan petroleum masih rendah daripada purata tahunan sebanyak 34.5 peratus yang dicatatkan dalam tempoh 2009-2014.
"Ini menunjukan bahawa sumber hasil kerajaan kekal pelbagai. Kerajaan dijangka dapat meningkatkan asas pendapatan bukan petroleum terutamanya dari inisiatif pembaharuan cukai," kata laporan itu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Hasil cukai menjadi komponen utama dengan jangkaan kutipan RM176.2 bilion berbanding sasaran RM174.7 bilion yang disemak bagi 2018.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Malaysia perlu pembaharuan untuk pastikan orang ramai sertai proses belanjawan - IDEAS
Malaysia memerlukan pembaharuan institusi untuk memastikan penyertaan awam yang mampan, pengawasan dan amalan ketelusan dalam proses belanjawan.
Pembubaran Parlimen 1999 boleh berulang jika kurang sokongan kepada kerajaan - Penganalisis
Pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berulang jika kerajaan tidak mempunyai sokongan terhadap Belanjawan 2021.
Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.
DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Belanjawan 2021: Selangor harap aeroangkasa, jalur lebar jadi tumpuan
Kerajaan Selangor berharap sektor aeroangkasa, infrastruktur jalur lebar dan pembinaan hospital baharu antara tumpuan Belanjawan 2021.
Muda senaraikan 10 cadangan untuk Belanjawan 2021
Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021, bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan dan skim 1 Keluarga 1 Laptop, antara cadangan disuarakan.
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada minggu depan disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.
Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
Kemerosotan KDNK kebanyakannya disebabkan kepada sekatan perdagangan komoditi terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh eksport.
Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November
Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait bakal menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November depan.
Belanjawan 2021 akan perkukuh belia - Tengku Zafrul
Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021.