KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia kekal di paras 4.0 peratus pada November 2022 yang menyamai bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November 2022 mencatat 129.0 berbanding 124.0 pada tempoh sama setahun lepas.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi kumpulan makanan meningkat 7.3 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi bulan ini manakala restoran dan hotel meningkat 7.0 peratus daripada 6.8 peratus pada Oktober 2022.
"Peningkatan lebih perlahan direkodkan bagi kumpulan pengangkutan (5.0 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.8 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan utama lain yang turut mencatat peningkatan adalah perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (3.6 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta pendidikan (1.5 peratus).
Selain itu, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan kesihatan masing-masing merekodkan kenaikan sebanyak 1.4 peratus manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding November 2021, katanya.
Inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan, mencatat peningkatan 4.2 peratus pada November 2022 berbanding tempoh sama pada 2021.
"Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 8.2 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata inflasi bagi Januari hingga November 2022 meningkat 3.4 peratus berbanding 2.3 peratus bagi tempoh sama tahun lepas, didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (5.6 peratus), pengangkutan (4.7 peratus) dan restoran serta hotel (4.7 peratus).
Kadar inflasi bulan ke bulan pada November 2022 meningkat 0.3 peratus berbanding 0.2 peratus pada Oktober 2022 yang disumbangkan terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (0.7 peratus) dan restoran serta hotel (0.5 peratus).
Selain itu, kata beliau, kesihatan dan pelbagai barangan serta perkhidmatan masing-masing meningkat 0.3 peratus.
Empat negeri mencatat inflasi melebihi paras nasional 4.0 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.9 peratus), Selangor (4.8 peratus), Sarawak (4.7 peratus) dan Johor (4.2 peratus).
"Inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 3.9 peratus daripada 124.7 pada November 2021 kepada 129.6 pada November 2022 yang disumbangkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 6.9 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi kumpulan makanan meningkat 7.3 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi bulan ini. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat
Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.
Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.
Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.
Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.
Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.
BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun