KUALA LUMPUR: Kewangan Islam akan terus berkembang pada 2022 apabila pemulihan ekonomi semakin pesat, khususnya di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC), kata Moody's Investors Service.
Naib Presiden dan Penganalisis kanan Ashraf Madani berkata, pemulihan ekonomi dalam pasaran kewangan Islam utama akan meningkatkan pertumbuhan kredit serta permintaan untuk produk patuh Syariah dan ia menjangkakan pertumbuhan aset bank Islam akan terus mengatasi prestasi rakan setara konvensional mereka.
"Pada masa sama, kami menjangkakan harga minyak yang lebih tinggi akan menjuruskan kepada terbitan sukuk yang lebih rendah pada 2022, sebahagian besarnya didorong oleh keperluan pembiayaan yang lebih rendah dalam GCC," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Firma penyelidikan itu menyatakan terbitan sukuk jatuh 12 peratus kepada AS$181 bilion (AS$1=RM4.18) pada 2021 di tengah-tengah keperluan pendanaan kerajaan yang lebih rendah di rantau GCC dan Indonesia dalam keadaan harga minyak yang lebih tinggi dan pemulihan ekonomi.
Moody's berkata aktiviti terbitan dijangka terus turun pada 2022 kepada AS$160-AS$170 bilion.
Pada 2020, aset di bawah pengurusan (AUM) untuk dana Islam meningkat kepada paras tertinggi baharu AS$140 bilion, mengembang 31.9 peratus tahun ke tahun.
Menurut anggaran Moody's, dana Islam AUM terus mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021, didorong oleh persekitaran ekonomi yang bertambah baik, prestasi pasaran ekuiti yang kukuh dan permintaan pelabur yang meningkat.
Pendorong ini kemungkinan akan terus menyokong pengembangan AUM selepas 2021, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Menurut anggaran Moody's, dana Islam AUM terus mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021, didorong oleh persekitaran ekonomi yang bertambah baik, prestasi pasaran ekuiti yang kukuh dan permintaan pelabur yang meningkat.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.
Kewangan Islam diharap jadi pemacu ekonomi lebih lestari - Gabenor BNM
Tegasnya, prinsip-prinsip seperti keadilan, keterangkuman, daya tahan dan kelestarian adalah amat penting dalam landskap ekonomi masa kini.
Kewangan Islam penting rapatkan jurang pembiayaan kemampanan - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kewangan Islam berpotensi merapatkan jurang pembiayaan yang penting untuk peralihan kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.
KazanForum 2024: Lebih 20 juta Muslim di Rusia dapat akses kepada kewangan Islam
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan bereksperimen dengan penggunaannya selama dua tahun.
Kemajuan kewangan Islam Malaysia akan menjayakan peralihan kewangan hijau - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan berkaitan cabaran iklim.
GMBF 2023 memangkin ekonomi Islam global - Dr Ma’ruf Amin
GMBF 2023 merupakan wadah ideal dalam menghubungkan dunia ekonomi Islam serta bukan Islam dalam memangkin ekonomi Islam ke peringkat yang lebih mendunia.