KUALA LUMPUR: Aktiviti pasaran harta tanah pada suku ketiga 2023 menunjukkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 108,955 transaksi bernilai RM57.15 bilion, kata Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abdul Razak Yusak.
Beliau berkata peningkatan bilangan sebanyak 3.7 peratus itu diimbangi dengan kenaikan ketara nilai iaitu 22.6 peratus berbanding tahun sebelumnya berikutan pertambahan pindah milik menerusi jualan utama dalam negara.
"Subsektor kediaman terus menyokong keseluruhan aktiviti pasaran harta tanah dengan mencatat 62.9 peratus iaitu 68,561 transaksi bernilai RM28.36 bilion daripada keseluruhan transaksi.
"Ini diikuti dengan sumbangan subsektor pertanian sebanyak 18.5 peratus dan gabungan subsektor perdagangan dan subsektor lain iaitu 18.6 peratus," katanya ketika berucap bersempena dengan penerbitan pasaran harta tanah suku ketiga 2023 dan pelancaran Data Transaksi Terbuka Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) secara dalam talian hari ini.
Abdul Razak berkata kediaman teres masih menjadi pilihan pembeli dengan memperoleh 29,755 transaksi, sekali gus menyumbang sebanyak 43.4 peratus daripada keseluruhan transaksi kediaman.
Kediaman berharga RM300,000 dan ke bawah pula masih mendominasi aktiviti pasaran dengan merekodkan 52.4 peratus atau hampir 35,948 transaksi, diikuti kediaman berharga RM300,001 hingga RM500,000 sebanyak 24.7 peratus (16,947 transaksi) dan selebihnya unit berharga RM500,001 ke atas iaitu 15,666 (22.9 peratus) transaksi, katanya.
Menurut Abdul Razak pelancaran kediaman baharu pada suku ketiga merekodkan peningkatan hampir 6,900 unit berbanding 4,797 unit pada suku kedua 2023.
Prestasi jualan pelancaran baharu pula berjumlah 37.6 peratus berbanding 24.7 peratus pada suku sebelumnya dengan Selangor mencatat jumlah pelancaran baharu tertinggi di negara ini iaitu 2,491 unit atau 36.2 peratus daripada jumlah di seluruh negara.
Mengikut lingkungan harga, pelancaran baharu berharga RM300,000 dan ke bawah mendominasi lebih 70.0 peratus (5,075 unit) dengan prestasi jualan lebih baik iaitu 44.1 peratus, diikuti RM300,001 hingga RM500,000 iaitu 11.8 peratus (813 unit) dan RM500,001 dan ke atas berjumlah 993 unit atau 14.4 peratus.
Abdul Razak berkata prestasi kediaman siap dibina tetapi tidak terjual bertambah baik apabila menyusut pada suku ketiga 2023 sebanyak 3.7 peratus (25,311 unit) dan nilai pada 4.9 peratus (RM17.40 bilion) berbanding suku sebelumnya.
"Hampir 62.2 peratus daripada lambakan kediaman ini merupakan kondominium atau pangsapuri dan 55 peratus daripadanya berharga RM500,000 dan ke bawah.
"Terdapat lebih 22,000 unit lambakan pangsapuri khidmat bernilai RM18.24 bilion pada suku ketiga 2023 yang mencatatkan penurunan bilangan dan nilai iaitu masing-masing pada 1.5 peratus dan 4.7 peratus berbanding suku sebelumnya," katanya.
Beliau berkata 61.2 peratus daripadanya berharga RM500,000 dan ke atas dengan sebahagian besar daripada kediaman itu terletak di Johor.
Sementara itu, Abdul Razak berkata harga kediaman di Malaysia menunjukkan keadaan yang stabil dengan mencatat kenaikan minimum.
Indeks Harga Rumah Malaysia berada pada 212.6 mata (RM458,751 seunit) dengan pertumbuhan tahunan yang kecil pada kadar 0.1 peratus pada suku ketiga 2023, katanya.
"Semua negeri mengalami pertumbuhan sederhana antara 0.1 peratus hingga 4.0 peratus, kecuali Selangor, Pahang, Kelantan dan Sarawak yang menunjukkan penurunan antara 0.7 peratus hingga 1.6 peratus," katanya.
Sementara itu, JPPH dalam kenyataan berkata JPPH melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) telah maju selangkah dengan pelaksanaan Data Transaksi Terbuka yang boleh diakses melalui portal Napic.
Pelaksanaan Data Transaksi Terbuka ini adalah selaras dengan inisiatif kerajaan dalam Data Terbuka Sektor Awam (DTSA), yang meliputi paparan 12 atribut data transaksi harta tanah dan tersedia di portal Napic, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Kediaman teres masih menjadi pilihan pembeli dengan memperoleh 29,755 transaksi, sekali gus menyumbang sebanyak 43.4 peratus daripada keseluruhan transaksi kediaman. - Gambar hiasan
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang turut mencatatkan kenaikan kecil.
Pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil tahun ini
Keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini.
Lebih 100,000 transaksi aktiviti pasaran hartanah bernilai RM57.15 bilion suku ketiga 2023
Aktiviti pasaran harta tanah pada suku ketiga 2023 menunjukkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 108,955 transaksi bernilai RM57.15 bilion.
Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.
Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia
Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.
Kenaikan kos bahan binaan antara punca pemaju tingkatkan harga rumah - Penganalisis hartanah
Kenaikan harga bagi bahan pembinaan telah menjadi faktor harga rumah dinaikkan oleh syarikat pemaju.
Sektor hartanah rekod transaksi bernilai RM119.08 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul
Sektor hartanah negara merekodkan 295,968 transaksi bernilai RM119.08 bilion pada 2020, susut 9.9 peratus dari segi bilangan dan 15.8 peratus dari segi nilai daripada angka yang dicatatkan pada 2019.
Pasaran hartanah Sabah dijangka pulih tahun depan - Kajian
Harga dan sewaan kediaman di Sabah diunjurkan menjejaki trend nasional dengan pembeli rumah pertama menjadi pemacu aktiviti tersebut.
Harga hartanah stabil walaupun pandemik - Propertyguru
Kesan pandemik COVID-19 ke atas harga hartanah adalah agak minimum, mencerminkan kemungkinan pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan.