KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempunyai dasar pelaburan yang berdaya saing tinggi bagi memperkayakan negara sekali gus dapat mengatasi isu kemiskinan masyarakat.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tanpa dasar pelaburan yang mesra pelabur serta infrastruktur dan pentadbiran pelabur yang cekap, ramai pelabur akan lebih tertarik untuk melabur di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia.
"Saya baru sahaja ke Indonesia dan mendapati sekarang ini, ramai pelabur berminat untuk melabur di Indonesia kerana kependudukannya yang berjumlah 270 juta orang telah membuka pasaran yang lebih besar berbanding Malaysia yang hanya mempunyai populasi lebih 30 juta.
"Kos pengeluaran di Indonesia juga lebih rendah daripada kita jadi untuk itu, kita perlu mencari jalan supaya perkara ini dapat diatasi," katanya pada sidang media Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata, melalui dasar pelaburan yang baik, beliau percaya banyak peluang pekerjaan dan industri baharu dapat diwujudkan termasuk berkaitan dengan bekalan alat ganti.
"Jadi pelaburan menjadi satu perkara yang memperkayakan negara. Tanpa pelaburan negara akan jadi miskin dan kalau pelabur tidak dilayan dengan baik dan tiada dasar yang menarik maka saya percaya orang seperti Elon Musk umpamanya memilih untuk pergi ke Indonesia," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata kemiskinan memang melibatkan semua kaum di negara ini tetapi dalam kalangan masyarakat Melayu, keadaannya lebih teruk sehingga kadang-kadang memaksa mereka menjual harta dimiliki termasuk tanah demi kelangsungan hidup.
Katanya kerana itu, kemiskinan harus diatasi tetapi kejayaan untuk menanganinya adalah bergantung kepada kemahuan masyarakat Melayu sendiri.
"Kalau mereka tidak memberi respons yang baik terhadap segala peluang yang ada untuk atasi kemiskinan maka ia (usaha banteras kemiskinan) tidak akan dapat dijayakan kerana ia bergantung pada kebolehan dan sifat kita, sama ada hendak mencari jalan yang mudah atau sebaliknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Mahathir berkata, tanpa dasar pelaburan yang mesra pelabur serta infrastruktur dan pentadbiran pelabur yang cekap, ramai pelabur akan lebih tertarik untuk melabur di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia. - Bernama
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.