BATU PAHAT: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi jaminan bahawa tiada lagi penutupan sektor ekonomi dan industri secara penuh sekiranya kes COVID-19 di negara ini terus meningkat.
Menteri Kanan merangkap Menteri MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penutupan sektor-sektor ekonomi sebelum ini telah memberi kesan besar terutamanya kepada rakyat, mengakibatkan 826,000 orang hilang pekerjaan ketika tiga bulan pertama kawalan pergerakan penuh dilaksanakan pada 2020.
"Seorang pekerja kehilangan pekerjaan akan melibatkan satu keluarga dan satu keluarga mungkin melibatkan empat atau lima orang. Jika penutupan penuh diteruskan, ia akan melibatkan sekitar lima juta rakyat Malaysia yang tiada pendapatan.
"Kita tidak boleh lakukan lagi kawalan pergerakan penuh. Betul, pandemik ini perlu kita uruskan dengan efektif, soal kesihatan kita akan usahakan yang terbaik, tetapi 'kesihatan ekonomi' juga penting dan kini, kita akan melakukannya dengan seimbang jika berlaku kenaikan mendadak (COVID-19)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat di sini, malam tadi.
Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan bersasar dengan menutup industri yang terlibat sahaja selain memberi tumpuan terhadap pengambilan vaksin untuk pekerja.
Sehubungan itu, menurutnya program pemberian vaksin Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilaksanakan bagi mengelakkan sektor industri, perkilangan dan pembuatan ditutup.
"Sekiranya ditutup, ekonomi negara akan terus menguncup. (Justeru) melalui PIKAS, kita telah berjaya memberi suntikan vaksin kepada hampir dua juta orang," kata beliau.
Menurutnya, dua inisiatif berkenaan dibuat kerana golongan pekerja dalam sektor industri, perkilangan dan pembuatan terdedah kepada risiko yang tinggi, manakala sektor lain masih boleh bekerja dari rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Mohamed Azmin berkata, penutupan sektor-sektor ekonomi sebelum ini telah memberi kesan besar terutamanya kepada rakyat. - Gambar fail
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.