ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 11 Ogos 2020 .
1) Perdana Menteri Lubnan umum letak jawatan susulan insiden letupan
Perdana Menteri Lubnan mengumumkan peletakan jawatan susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut minggu lalu.
Peletakan jawatan Hassan Diab itu berlaku ketika orang awam berang dengan bencana yang didakwa akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah.
2) COVID-19 di seluruh dunia hampiri 20 juta kes
ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini semakin menghampiri 20 juta kes. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
3) Lebih 732,000 korban COVID-19 direkod di seluruh dunia
Korban akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.
4) COVID-19: Teruskan tekanan terhadap virus ini - WHO
Pandemik COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda corak bermusim dan pelonggaran sekatan akan menyebabkan lonjakan semula jangkitan.
Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Michael Ryan berkata setakat ini apa yang ketara adalah jika tekanan tidak diberikan kepada virus itu, ia akan kembali menular.
5) COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat kepada 128,776, kematian 5,824
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 128,776 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan.
6) New Zealand catat empat kes baharu COVID-19 selepas 102 hari
New Zealand merekodkan empat kes baharu COVID-19 selepas 102 hari tanpa penularan tempatan.
Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan kesemua kes melibatkan satu keluarga di bandar terbesar negara itu, Auckland.
7) Rusia umum vaksin COVID-19 pertama di dunia, anak Putin antara penerima awal
Rusia mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan 'imunisasi stabil' bagi merawat jangkitan COVID-19.
Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.
8) Tikhanovskaya tewas saingan jawatan presiden, dakwa pilihan raya Belarus dicemari penipuan
Saingan utama jawatan Presiden Belarus enggan menerima kekalahan pada pilihan raya umum yang didakwa dibayangi keganasan dan penipuan undi.
Svetlana Tikhanovskaya sebaliknya mendakwa beliau ialah pemenang sebenar dalam proses demokrasi itu.
9) Siaran langsung 9,000 kg gading gajah RM55 juta dihancurkan esok di YouTube
Lembaga Taman Nasional (NParks) Singapura akan memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai S$18 juta (RM55.07 juta) sempena memperingati sambutan Hari Gajah Sedunia, esok.
Gading berkenaan dirampas daripada pelbagai penghantaran sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut NParks dalam kenyataan di sini hari ini.
10) Kumpulan hak sivil Taiwan kecam penahanan Jimmy Lai
Kumpulan sivil dan wakil media di Taiwan mengecam penangkapan taikun media Hong Kong (HK), Jimmy Lai dan penyerbuan yang dilaksanakan di syarikatnya, Apple Daily.
Kolumnis Apple Daily yang kini menetap di Taiwan, Sang Pu berkata ramai netizen masih mahu membeli satu salinan Apple Daily meskipun surat khabar berkenaan kosong pada hari ini.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Aug 11 2020
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 April 2022.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 31 Ogos 2020
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 11 Ogos 2020