ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 2 Oktober 2020.

1) Donald Trump, isteri positif COVID-19

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COVID-19.

Pengumuman itu dibuat oleh Trump melalui ciapan di akaun rasmi Twitter beliau pada jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia.

2) Trump dalam keadaan baik walaupun positif COVID-19, akan terus bertugas - Doktor

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang sebelum ini mendedahkan beliau dan isteri, Melania disahkan positif COVID-19, berada dalam keadaan baik.

Agensi berita Sputnik melaporkan, doktor pasangan terbabit, Sean Conley mengesahkan keadaan kesihatan terkini mereka dan memberitahu Trump akan terus menjalankan tugasnya.

3) Hampir 20,000 pekerja Amazon dijangkiti COVID-19

Amazon berkata, sejak Mac hampir 20,000 pekerjanya dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Menerusi blognya, Amazon pada Khamis mendedahkan, 19,816 pekerja diuji atau disyaki positif dijangkiti virus itu

4) PM Jepun Suga tidak mungkin adakan pilihan raya tahun ini

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga mungkin tidak membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan tahun ini, sebaliknya akan lebih menumpukan kepada usaha menangani krisis COVID-19, lapor agensi berita Kyodo.

5) Kerana kecacatan tengkorak, cairan otak keluar dari hidung selepas jalani 'swab' COVID-19

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mengalami komplikasi perubatan apabila didapati mula mengeluarkan cairan otak (brain fluid) melalui hidungnya selepas melakukan ujian COVID-19, dedah satu laporan kes baharu.

6) Keletihan kesan sampingan utama dialami bekas pesakit COVID-19 - Kajian

SEMBILAN daripada 10 pesakit COVID-19 dilaporkan mengalami kesan sampingan seperti keletihan, tekanan psikologi serta kehilangan deria bau dan rasa, selepas pulih, menurut satu kajian awal di Korea Selatan.

7) COVID-19: Kes positif cecah 34 juta, angka korban lebih 1 juta

JUMLAH keseluruhan kes positif global COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 34,124,948.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.2 juta kes.

8) Trump joins growing list of virus-infected world leaders

President Donald Trump has tested positive for the coronavirus, joining a small group of world leaders who have been infected. Trump is 74, putting him at higher risk of serious complications. Here’s a look at other leaders who have had the virus. Some are sending Trump their wishes for a speedy recovery.

9) Shares, oil prices sink after Trump tests positive for virus

U.S. stock futures and Asian shares fell Friday after President Donald Trump said he and first lady Melania Trump had tested positive for the new coronavirus.

The future contracts for both the S&P 500 and the Dow industrials dropped nearly 2% but were trading 1.2% lower several hours later. Oil prices tumbled about 3%.

10) Potty training: NASA tests new $23m titanium space toilet

NASA’s first new space potty in decades — a $23 million titanium toilet better suited for women — is getting a not-so-dry run at the International Space Station before eventually flying to the moon.