DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 24 Oktober 2020.
Berita duka berkenaan diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi waktu tempatan.
Penduduk di sebelah pantai timur Rusia hairan apabila pantai mereka dipenuhi pelbagai hidupan laut yang telah mati, dari karang, ikan malah spesies bercangkerang.
Presiden Poland, Andrzej Duda disahkan positif COVID-19. Menurut jurucakapnya, pemimpin Parti Konservatif itu melakukan ujian saringan pada Jumaat dan didapati positif.
Jerman mencatatkan 11,242 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu sebanyak 403,291 kes.
Bintang aksi, Arnold Schwarzenegger, pada Jumaat mengakui dirinya berasa lebih hebat selepas menjalani pembedahan jantung, lapor Reuters.
Pengumuman yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump itu sekali gus memperlihatkan kejayaan diplomatik beliau menjelang pilihan raya presiden AS awal November depan.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Gabreyesus memberi amaran kepada negara di Hemisfera Utara yang kini berada dalam keadaan kritikal berdepan pandemik COVID-19 dengan kes jangkitan dan kematian yang kian meningkat.
Angka kematian global akibat COVID-19 kini melebihi 1.14 juta kes. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah terkini ialah 1,141,724.
Menurut Biden, setelah lebih lapan bulan bergelut dengan isu COVID-19 yang mengorbankan kira-kira 220,000 penduduknya, Trump dakwanya masih belum mempunyai perancangan yang konkrit.
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami