DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 3 Disember 2020.
Menurut statistik terkini Johns Hopkins University, angka kematian di seluruh dunia kini melepasi 1.48 juta kes. Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 272,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 173,000 kes.
Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 13.86 juta kes.
Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, daripada jumlah itu, 7 juta dos sudah siap dihasilkan dan diletakkan dalam tempat simpanan sejuk beku.
Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia buat pertama kalinya mencatatkan angka melebihi 8,000 kes dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac 2020.
Bekas Presiden Perancis Valery Giscard d’Estaing, yang banyak menyumbang kepada pemodenan negara itu pada sekitar 1970-an, meninggal dunia akibat COVID-19 pada usia 94 tahun.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku kira-kira 97 kilometer (km) timur laut dari Kendari, Indonesia pada kedalaman 43 km.
Goldman Sachs gagal memujuk seorang bekas pegawainya untuk memulangkan kembali wang bayaran berkait 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bloomberg.
Kumpulan gergasi K-pop Blackpink akan mengadakan konsert dalam talian buat julung kalinya menerusi platform YouTube.
Sebuah bangunan pangsapuri runtuh di bandar Alexandria, Mesir mengorbankan sekurang-kurangnya enam mangsa pada Rabu
Pelakon dan ahli politik Rajinikanth atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad mengumumkan akan menubuhkan parti politiknya sendiri menjelang Januari tahun depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami