DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 22 Disember 2020.
Setakat 6.30 pagi ini waktu Malaysia, terdapat 77,269,379 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan, mutasi baharu virus ini sudah dijangka dan merupakan proses semula jadi.
Menurut pakar, varian terbaharu itu dikesan di negara tersebut dan dilaporkan sudah menjangkiti anak muda dengan penyakit yang serius.
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos pertama vaksin pada Isnin dalam kempen membendung penularan COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah AS$15.4 bilion atau RM62.54 bilion.
Berikutan penularan video pegawai polis menembak mati dua beranak di sebuah bandar di Filipina, tanda pagar #StopTheKillingsPH dan #JusticeforSonyaGregorio mula trending di media sosial.
Spekulasi tentang rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini terjawab apabila beberapa nama baharu dari kalangan tokoh politik ternama kini membarisi pentadbirannya.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson percaya terma dagangan Organisasi Dagangan Dunia (WTO) adalah mencukupi jika UK gagal mencapai perjanjian dengan EU.
Gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii meletus pada Ahad malam, disusuli gempa bumi yang menggegarkan unjuran selatan gunung itu, menurut laporan daripada agensi pemantauan geologi Amerika Syarikat, USGS.
Dalam kejadian yang berlaku di Alabama, Amerika Syarikat (AS), Kelvin Nicholas Coker, 32, menembak beberapa anjing peliharaan milik dia dan ayahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami