ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 19 Julai 2021.
1. COVID-19 | 114 doktor di Indonesia maut dari 1 hingga 17 Julai
Kematian doktor akibat COVID-19 di Indonesia meningkat dengan tinggi pada separuh pertama bulan ini. Persatuan Doktor Indonesia (IDI) berkata, seramai 114 doktor meninggal dunia pada 1 hingga 17 Julai.
2. Masjidil Haram terus terima ketibaan jemaah haji
Masjidil Haram pada Ahad bersamaan 8 Zulhijah juga dikenali hari Tarwiyah terus menerima ketibaan jemaah, di tengah-tengah pelaksanaan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah keselamatan demi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan lancar serta selesa.
3. Demi kesihatan jiwa, Indonesia minta umat Islam solat sunat Aidiladha di rumah
Berikutan pemberlakuan pembatasan kegiatan masyarakat (PPKM) darurat untuk menyekat penularan COVID-19, kerajaan Indonesia meminta umat Islam di negara itu tidak menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid atau kawasan terbuka.
4. COVID-19 Di UK | PM UK pertahan arahan kuarantin kendiri
Perdana Menteri Boris Johnson dan Canselor Rishi Sunak kini menjalani kuarantin kendiri susulan terdedah dengan kontak rapat yang positif Covid-19 iaitu Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid.
5. COVID-19: Singapura lapor 88 kes jangkitan tempatan, tertinggi dalam tempoh setahun
Singapura melaporkan 88 kes jangkitan tempatan COVID-19 pada Ahad, rekod yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu. Ini susulan 67 jangkitan berkait dengan kluster di pusat karaoke (KTV) dan Pelabuhan Perikanan Jurong.
6. OPEC setuju tingkatkan had pengeluaran lima negara
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk tingkatkan had pengeluaran yang dikenakan ke atas lima negara. Tindakan ini sekaligus menamatkan pertikaian oleh UAE sehingga mengancam harga komoditi itu.
7. Mansuh sekatan: Rakyat UK diminta terus berwaspada
Perdana Menteri, Boris Johnson menggesa masyarakat Britain untuk terus berwaspada susulan sekatan mula dimansuhkan di England. Kata Johnson, rakyat Britain masih perlu menjalani kuarantin sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.
8. COVID-19: Setiap orang dewasa di UK ditawarkan suntikan vaksin
Setiap orang dewasa di United Kingdom telah ditawar untuk mendapatkan suntikan pertama vaksin COVID-19. Kementerian Kesihatan mengumumkan pencapaian itu apabila England mula mansuhkan sekatan esok.
9. PM Baharu Nepal | Menangi undi percaya di tengah krisis COVID-19
Perdana Menteri baharu Nepal, Sher Bahadur Deuba memenangi undi percaya ke atasnya di Parlimen. Perkembangan ini menyusul beberapa hari selepas mahkamah tinggi membenarkan badan perundangan itu bersidang sejak dibubarkan pada Mei.
10. Tiada erti sambut Aidiladha bagi rakyat Gaza
Selepas berdepan serangan oleh rejim zionis Israel yang memusnahkan kebanyakan rumah dan bangunan, suasana di Gaza kekal suram sehingga hari ini.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Iraq kurangkan eksport minyak kepada 3.3 juta tong sehari
Kementerian Minyak Iraq mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari.
Ringgit ditutup rendah, dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah.
Pasaran getah ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah.
Diaspora Venezuela berhimpun di Santiago sokong Edmundo Gonzalez
Diaspora Venezuela di Chile berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap calon pembangkang Edmundo Gonzalez, beberapa hari menjelang hari pemilhan Presiden Venezuela.
Permintaan minyak dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta bpd pada 2024 - OPEC
Tahun ini, OPEC melihat permintaan minyak meningkat sekitar 2.2 juta tong sehari, pertumbuhan tahun ke tahun.
Malaysia antara 4 negara dijemput sertai OPEC
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah berunding dengan empat negara supaya menyertai organisasi itu, kata Setiausaha Agungnya Haitham Al Ghais.
OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya
OPEC dalam kenyataannya mengakui bahawa "Guyana adalah pemain baharu yang sedang berkembang dalam pasaran minyak antarabangsa dan memiliki potensi yang signifikan".