ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 20 Ogos 2021.

1. Konflik Afghanistan | Suasana kacau bilau di lapangan terbang Kabul

Kekacauan terus berlanjutan di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul pada Khamis ketika ribuan berusaha melarikan diri dari pemerintahan Taliban, sebaik tentera Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri dari negara berkenaan.

2. Kanada hantar dua pesawat CAF C-17 bantu usaha pemindahan di Afghanistan

Perdana Menteri Kanada memaklumkan dua pesawatnya jenis CAF C-17 akan melakukan penerbangan tetap ke Kabul untuk menyokong usaha pemindahan.

3. Konflik Afghanistan | Adalah mustahil untuk pindahkan semua- PM Kanada

Perdana Menteri Kanada memaklumkan dua pesawatnya jenis CAF C-17 akan melakukan penerbangan tetap ke Kabul untuk menyokong usaha pemindahan Namun Justin Trudeau akui, walaupun mempunyai kapasiti pesawat dan ruang, adalah mustahil untuk mengeluarkan semua yang mahu meninggalkan negara berkenaan.

4. Krisis Afghanistan | Tentera AS kekal untuk bantu pemindahan warga Amerika

Presiden Joe Biden dedahkan tentera Amerika Syarikat akan kekal berada di Afghanistan melebihi tarikh akhir pengundurannya 31 Ogos ini Ini bagi membantu proses pemindahan keluar warga Amerika dari negara Asia Selatan itu.

5. Vaksinasi | NZ akan mula beri kepada remaja 12 - 15 tahun

New Zealand akan mula memberikan vaksin Pfizer kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun. Sebelum ini, vaksin hanya ditawarkan kepada remaja berusia 16 tahun ke atas.

6. Konflik Afghanistan | PBB komited kembalikan keamanan dan kestabilan

Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB ulangi komitmen untuk terus membekalkan bantuan kepada penduduk di Afghanistan Badan dunia itu juga komited mengembalikan keamanan dan kestabilan, dan pada masa sama meperjuangkan hak-hak semua rakyat negara itu.

7. Tentera AS akan masih berada di Afghanistan selepas 31 Ogos

Presiden Joe Biden dedahkan tentera Amerika Syarikat akan kekal berada di Afghanistan melebihi tarikh akhir pengundurannya 31 Ogos ini.

8. PBB ulangi komitmen beri bantuan kepada penduduk Afghanistan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ulangi komitmen untuk terus membekalkan bantuan kepada penduduk di Afghanistan. Badan dunia itu juga komited mengembalikan keamanan dan kestabilan, dan pada masa sama meperjuangkan hak-hak semua rakyat negara itu.

9. Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi

Perdana Menteri Scott Morrison memaklumkan, kesemua mereka diterbangkan ke pangkalan tentera Australia Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu, sebelum kemudiannya ke Perth, pada Khamis.

10. 158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu

Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket. Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.