ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Februari 2022.

1. Krisis Ukraine-Rusia | Ketegangan meningkat, tadika musnah dalam serangan

Ketegangan terus meningkat di sepanjang sempadan yang memisahkan tentera Ukraine daripada kumpulan pemisah yang disokong Rusia, dengan kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain atas serangan di timur Ukraine. Pada Khamis, sebuah tadika di Stanytsia Luhanska musnah akibat bedilan meriam.

2. Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026

Pembiayaan itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu peralihan sektor

3. Perpaduan, kesepakatan faktor utama dalam aktiviti ASEAN

Para Menteri Luar yang menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMMR) berkongsi pandangan bahawa perpaduan dan kesepakatan kekal sebagai faktor utama dalam aktiviti blok itu.

4. Menteri Luar ASEAN tegaskan semula komitmen penuh, berkesan dalam pelaksanaan RCEP

Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan semula komitmen mereka untuk memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa Pemukiman Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMMR) yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

5. Konflik Rusia-Ukraine: Ancaman pencerobohan sangat tinggi - Biden

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata pada Khamis, ancaman pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah "sangat tinggi" tetapi pintu kepada penyelesaian diplomatik masih terbuka.

6. Demi Pemulihan Dunia | Jokowi gesa henti keganasan dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa semua negara supaya menghentikan ketegangan seperti yang berlaku di Ukraine, yang mengganggu pemulihan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19.

7. Kes COVID-19 Indonesia lepasi angka lima juta

Indonesia kini mencatatkan lebih lima juta kes COVID-19 sejak Mac 2020, apabila jumlah kes meningkat dengan ketara sejak beberapa minggu lalu didorong oleh varian Omicron.

8. COVID-19: Kuarantin boleh dipendekkan di kawasan kes tinggi - WHO

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Khamis, negara-negara yang bergelut dengan peningkatan jangkitan COVID-19 boleh memendekkan tempoh kuarantin yang disyorkan selama 14 hari dalam beberapa situasi.

9. Kanak-kanak terperangkap lebih 48 jam dalam lubang 10 meter di Afghanistan

Penyelamat kini kesuntukan masa untuk mengeluarkan seorang budak lelaki yang terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan.

10. Bencana Global | Banjir lumpur hanyutkan rumah dan pokok di Brazil

Hujan lebat tanpa henti selama beberapa hari menyebabkan tanah runtuh di bandar Petropolis, Brazil.