ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Julai 2022.
1. Sidang Kemuncak ASEAN akan datang perlu buat keputusan penting mengenai K5P - Saifuddin Abdullah
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Sidang Kemuncak ASEAN pada November ini perlu membuat keputusan amat penting mengenai Konsensus Lima Perkara (K5P) sama ada ia perlu diteruskan atau diperbaiki atau pun digantikan dengan yang baharu.
2. Biden, Jinping bincang perkukuh hubungan
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping meluangkan masa lebih dua jam berbicara menerusi telefon, bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
3. Komunikasi China-AS di segenap peringkat perlu diteruskan - Xi Jinping
Komunikasi antara Beijing dengan Washington di segenap peringkat perlu diteruskan, manakala saluran komunikasi sedia ada harus dioptimumkan bagi menggalakkan kerjasama dua hala, kata Presiden China, Xi Jinping.
4. Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
5. Thailand lapor kes kedua jangkitan cacar monyet
Thailand melaporkan kes kedua cacar monyet yang menjangkiti seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun, kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.
6. Banjir kilat: Lapan terkorban di Kentucky
Sekurang-kurangnya lapan terkorban dalam kejadian banjir yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
7. Mahkamah Agung keluarkan notis kepada Rajapaksa
Mahkamah Agung Sri Lanka mengeluarkan notis kepada bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, memerintahkan beliau untuk hadir ke mahkamah pada 1 Ogos depan.
8. Skrin video gergasi jatuh ketika konsert Mirror, dua penari cedera
Dua penari cedera apabila skrin video gergasi yang tergantung di atas pentas jatuh dan menimpa kedua-dua mangsa yang sedang membuat persembahan.
9. Korea Selatan bakal tugaskan kelasi wanita di kapal selam
Bermula tahun 2024, buat julung kalinya Tentera Laut Korea Selatan bakal membenarkan kelasi wanita berkhidmat di kapal selam, satu langkah untuk memperkasa peranan tentera di tengah-tengah isu kekurangan anggota akibat kadar kelahiran negara yang rendah.
10. Kiswah Kaabah diganti malam ini, pembuka tirai tahun baharu Islam 1444 Hijrah
Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi dijadual diganti pada hari ini (Jumaat), selepas solat Isyak waktu tempatan sebagai simbolik kepada pembuka tirai Tahun Baru Islam 1444 Hijrah pada Sabtu.
Astro Awani
Fri Jul 29 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.