awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2023
15:44 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mac 2023.
1. Anwar tiba di Filipina untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Republik Filipina.
2. Vietnam bakal dapat presiden baharu
Vietnam akan menamakan seorang presiden baharu pada minggu ini, kata seorang pegawai pada Selasa selepas pengunduran Presiden Nguyen Xuan Phuc secara dramatik yang sebahagian daripada usaha antirasuah.
3. Korban nahas kereta api bertembung di Greece meningkat kepada 32 orang
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece.
4. Pembunuhan Abby Choi: Polis soal penduduk kampung
Polis Hong Kong mempergiatkan siasatan pembunuhan kejam membabitkan model dan pempengaruh popular Abby Choi dengan menemu bual penduduk di perkampungan Tai Po pada Rabu.
5. 42 pelajar terkandas selepas pasport dikoyak
Sekumpulan pelajar warga negara Britain yang dalam perjalanan bermain ski dilaporkan terkandas di Amerika Syarikat selepas pasport mereka dikoyak pihak hotel secara tidak sengaja.
6. Mahkamah Tinggi Pakistan putuskan pilihan raya wilayah dalam tempoh 90 hari
Mahkamah Tinggi Pakistan pada Rabu memutuskan bahawa pilihan raya di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa perlu diadakan dalam tempoh 90 hari, sekali gus menamatkan ketidakpastian berhubung isu itu.
7. Parlimen Eropah | Haramkan TikTok pada telefon kakitangan
Parlimen Eropah telah mengharamkan aplikasi TikTok pada telefon kakitangan mereka sekaligus mengikut jejak langkah dua institusi penggubalan dasar Kesatuan Eropah (EU), pada Selasa.
8. Kapal Karam | 80 rakyat Afghanistan maut - Taliban
Kerajaan Taliban mengesahkan 80 rakyat Afghanistan termasuk kanak-kanak telah meninggal dunia dalam kejadian kapal karam Ahad lepas di pantai selatan Itali.
9. Kapal Karam | Itali tahan tiga suspek pemerdagangan migran
Pihak berkuasa Itali menahan tiga individu dan sedang mencari suspek keempat yang dipercayai memperdagangkan sehingga 200 migran menaiki kapal karam di selatan Itali, pada Ahad sehingga membunuh 65 orang setakat ini.
10. Gempa bumi 6.5 pada skala Richter landa Kimbe, Papua New Guinea
Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan 104 kilometer barat laut Kimbe, Papua New Guinea pada 05:36 GMT waktu tempatan Rabu, menurut Kajian Geologi AS (USGS).
Topic Berkaitan
#Filipina
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Vietnam
#Greece
#abby choi
#Hong Kong
#Britain
#Pakistan
#TikTok
#EU
#Kesatuan Eropah
#Taliban
#Afghanistan
#Itali
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan