ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Mei 2023.

1. Keselamatan sempadan fokus utama - Tentera Thailand

Tentera Diraja Thailand (RTA) menegaskan situasi di sempadan Thailand-Malaysia sentiasa dipantau serta menjadi fokus utama kerajaan demi keselamatan penduduk di kedua-dua negara.

2. Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry

Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN antara perkara yang bakal menjadi tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei ini.

3. Biden gesa Kongres haramkan senjata api susulan insiden tembakan di pasar raya Texas

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan senjata api selepas insiden tembakan terbaharu di Texas, lapor Agensi Anadolu (AA).

4. Liga Arab terima semula keanggotaan Syria selepas 12 tahun

Liga Arab pada Ahad memutuskan untuk menerima semula keanggotaan Syria selepas keanggotaanya digantung selama 12 tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).

5. Angkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei

Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas AS NASA.

6. Ukraine lapor serangan udara di Kiev, Odessa

Ukraine mendakwa Rusia melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas negara itu pada awal pagi Isnin, lapor dpa.

7. Pilihan Raya Turkiye: Perhimpunan pembangkang dicemari insiden lemparan batu

Ketegangan semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Turkiye apabila sebuah perhimpunan parti pembangkang dicemari insiden rusuhan dan serangan.

8. Konsert Pertabalan: Putera William zahir penghargaan, persembahan ekstravaganza

Putera William menzahirkan penghargaan kepada bapanya dalam konsert ekstravaganza bagi meraikan pertabalan Raja Charles III.

9. 21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India

Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad, lapor media tempatan.

10. EU cadang kenakan sekatan terhadap 7 firma China didakwa sokong tentera Rusia

Kesatuan Eropah bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.