DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Jun 2023.
Tiada petunjuk terarah kepada motif pengganas dalam serangan pisau yang mencederakan empat kanak-kanak dan dua orang dewasa di bandar Annecy, Perancis pada Khamis.
20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
2. Lebih 20 remaja cedera dalam kejadian tanjakan (ramp) runtuh di Texas pada Jumaat, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.
Bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau didakwa berhubung pengendalian dokumen sulit, kata calon Pemilihan Presiden AS 2024 itu di platform Truth Social, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Arab Saudi mempergiatkan lagi usaha pelaksanaan Pelan Operasi Haji 2023 yang telah dimulakan sejak penghujung Mei lepas, sejajar dengan jangkaan kedatangan dua juta jemaah haji tahun ini.
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu, di tengah-tengah ancaman letusan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pusat Ramalan Iklim Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat berkata corak cuaca El Nino telah berkembang secara rasmi, meningkatkan kemungkinan musim taufan yang lebih kuat untuk wilayah pantai Teluk dan Atlantik.
Kebakaran hutan hutan yang melanda Kanada telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 individu berpindah.
Beberapa agensi Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai di kawasan Timur Laut supaya mengelak daripada menyedut asap daripada kebakaran hutan Kanada yang menyelubungi udara buat hari ketiga berturut-turut pada Khamis selain mengganggu perjalanan.
Mahkamah Tinggi Pakistan, membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dibebaskan dengan jaminan, berhubung tuduhan bunuh.
Buku teks digital dipacu kecerdasan buatan (AI) bakal diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah awam di Korea Selatan bermula tahun 2025, sebagai respons kepada peningkatan keperluan untuk pelbagai kandungan pembelajaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami