ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Ogos 2023.

1. Pakistan siasat punca nahas kereta api di wilayah Sindh

Pakistan pada Isnin memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas kereta api yang meragut 13 nyawa dan mencederakan hampir 100 yang lain pada Ahad lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pegawai.

2. Turkiye teruskan dialog dengan negara barat mengenai pemulihan perjanjian bijirin

Ankara meneruskan dialognya dengan rakan kongsi Barat mengenai penyambungan semula Inisiatif Bijian Laut Hitam, selain meneruskan dialog antara jabatan dengan Rusia, menurut sumber dalam pentadbiran Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan kepada Sputnik.

3. India: Kerusi Parlimen Rahul Gandhi dikembalikan

Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi pada Isnin mendapat semula kerusi parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat oleh Mahkamah Agung negara itu.

4. Mali, Burkina Faso isytihar Pengerusi Kesatuan Afrika sebagai 'persona non grata'

Mali dan Burkina Faso pada Ahad mengisytiharkan ketua Kesatuan Afrika (AU) sebagai persona non grata susulan kontroversi berkaitan gambar keluarga yang diambil semasa Sidang Kemuncak Rusia-Afrika bulan lepas.

5. SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit

SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.

6. Mahkamah Agung Maldives larang bekas presiden bertanding dalam pilihan raya

Mahkamah Agung Maldives melarang bekas Presiden Abdulla Yameen dari Parti Progresif Maldives (PPM) bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, lapor Sputnik memetik media Maldives.

7. 600 dipindahkan di Sardinia, Itali akibat kebakaran hutan

Seramai 600 orang telah dipindahkan dari pulau Sardinia di Lautan Mediterranean akibat kebakaran hutan yang melanda bahagian timur laut dan selatan pulau itu pada Ahad, Sputnik memetik media tempatan Il Fatto Quotidiano.

8. Kebakaran hutan Portugal merebak 7,000 hektar, 11 cedera

Kebakaran hutan di Portugal telah meliputi kawasan seluas 7,000 hektar (17,300 ekar) dan mencederakan sekurang-kurangnya 11 orang, kata komander pihak berkuasa wilayah bagi kecemasan dan perlindungan awam wilayah Alentejo, Jose Guilherme, pada Ahad, lapor Sputnik.

9. ASEAN perlu jadi tonggak keamanan dunia - Presiden Indonesia

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), menyeru agar negara-negara anggota ASEAN yang mempunyai semangat keagamaan yang tinggi, perlu menjadi tonggak keamanan dunia, lapor Agensi Berita ANTARA.

10. Musk umum pertarungan dengan Zuckerberg akan disiar secara langsung di X

Elon Musk mengumumkan pertarungan dalam sangkar antara beliau dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg akan disiarkan secara langsung di platform media sosial X yang dimilikinya atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter.