ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 September 2023.
1. Ucapan PM di pentas UNGA beri impak positif kepada Malaysia - Penganalisis
Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 yang dijadualkan pada jam 9.30 malam ini dijangka memberi impak positif kepada negara.
2. Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
3. Queenstown New Zealand isytihar darurat selepas hujan lebat
Queenstown, bandar raya dengan pemandangan Indah di New Zealand, mengisytiharkan darurat tujuh hari pada Jumaat kerana hujan lebat dan banjir, lapor Xinhua.
4. Bilangan rakyat Indonesia dapatkan bantuan isu kesihatan mental meningkat
Satu kajian kesihatan asas dijalankan Kementerian Kesihatan Indonesia pada tahun 2018, seramai 12 juta penduduk yang berumur lebih 15 tahun dilaporkan mengalami masalah kemurungan pada tahap berbeza.
5. Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Pembinaan pejabat presiden Indonesia di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo, kini siap 38 peratus, kata Presiden Joko Widodo.
6. Dua wartawan Perancis dihantar pulang kerana tiada perakuan buat liputan gempa bumi Maghribi
Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.
7. Rusia sekat eksport petrol dan diesel
Rusia menghentikan eksport petrol dan diesel pada Khamis berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran bahan api domestik, lapor agensi berita dpa.
8. Anwar bertemu John Kerry, bincang isu alam sekitar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat (AS) Untuk Iklim, John Kerry pada Jumaat.
9. 9 maut lelaki bersenjata serang bas di Ghana
Sekurang-kurangnya sembilan orang mati ditembak dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak sebuah bas di Wilayah Timur Hulu Ghana, kata seorang pegawai kepada Xinhua pada lewat Khamis.
10. Presiden Sudan Selatan gesa Majlis Keselamatan PBB tarik balik sekatan senjata
Presiden Sudan Selatan Salva Kiir Mayardit pada Khamis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menarik balik sekatan senjata ke atas negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Astro Awani
Fri Sep 22 2023

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
HIES 2022: Apa makna kepada rakyat, negara?
Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid membincangkan pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia pada 2022 (1.9%) dan peningkatan kemiskinan mutlak (6.2%) dengan menyentuh berkaitan projek rintis gaji progresif, menekankan kebolehpercayaan majikan dan kesaksamaan dalam kenaikan gaji berdasarkan produktiviti, dengan penekanan pada kajian impak sebelum menjadikannya mandatori.
Jumlah kemasukan pelancong seramai 26 juta setakat November - MOTAC
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah pelancong diharap akan meningkat sebelum hujung tahun menerusi pengumuman visa berkecuali dari India dan China.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.
EdgePoint Infrastructure: Bridging ASEAN's Digital Divide
Explore EdgePoint's role in ASEAN telecommunications and their white paper tackling digital equity challenges in Malaysia, Indonesia, and the Philippines with Muniff Kamaruddin, CEO, EdgePoint Towers.
Dagangan Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu ini dengan beberapa penjajaran semula portfolio
Bursa Malaysia dijangka mengalami penyesuaian portfolio dan kemas kini akaun minggu ini, berpotensi memberi impak kepada indeks penanda aras. Justeru, analisis teknikal menunjukkan lantunan dalam indeks penanda aras, dengan potensi trend menaik jika FBM KLCI melepasi garisan rintangan 1,465.

Malaysia dipilih sebagai negara hos sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 - MOTAC
Malaysia telah dipilih sebagai negara hos bagi penganjuran program sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 di peringkat global bertemakan Tourism and Sustainable Transformation.
Data & Statistik: Prestasi semasa FTSE Bursa Malaysia KLCI – 4 Disember 2023
Jiwa SME: Automasi merancakkan perniagaan tembusi pasaran luar negara
Bertam Best, kopi pra campuran, diasaskan 17 tahun lalu dan kini diterajui oleh Mohd Zaki Zakaria. Produk ini kini berjaya menembusi pasaran global termasuk Singapura, Brunei, dan Lubnan, dan merancang untuk memasuki Indonesia, Filipina, dan pasaran Asia Barat.
Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan rendah minggu ini
Harga niaga minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun disebabkan inventori tinggi, dengan stok Malaysia 2.4 juta tan metrik dan Indonesia lebih dari lima juta tan metrik. Harga MSM tempatan bercampur-campur, dipengaruhi oleh pasaran serantau dan perubahan harga minyak kacang soya di CBOT.
Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu ini
Pasar pertukaran asing dijangka berhati-hati minggu ini dengan fokus kepada data penting seperti Laporan NFP AS dan kadar pengangguran. Pakar meramalkan Ringgit berdagang dalam julat RM4.67 hingga RM4.68 berbanding Dolar AS menjelang mesyuarat FOMC.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.