ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.


1. 2 maut nahas helikopter di rantau Magadan, Rusia

Dua maut manakala dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah helikopter Mi-8 terhempas di rantau Magadan, Rusia pada Khamis, lapor media tempatan.



2. Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023

Jumlah pekerjaan di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 membabitkan 83,500 bagi bukan pemastautin dan 4,900 bagi penduduk, menurut laporan pasaran buruh yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia pada Khamis.


3. PBB tarik balik petugas kurang penting dari Haiti

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memanggil pulang petugas tidak penting di Haiti, di tengah-tengah peningkatan keganasan geng di negara Caribbean yang dilanda krisis itu.


4. 16 anggota SWAT cedera akibat letupan semasa latihan di California

Sekurang-kurangnya 16 anggota SWAT Sheriff Orange County (OC) cedera akibat letupan semasa latihan di FBI Special Agent Jerry Crowe Regional Tactical Training Facility, di bandar Irvine, California, menurut pejabat Sheriff OC, lapor Sputnik.


5. WhatsApp sedang bangunkan ciri 'mention' pada status

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu dinamakan ‘Status Mention’ yang membolehkan pengguna menyertakan kenalan lain dalam kemas kini status.


6. 25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan

Masjidil Haram di Makkah dipasang 25,000 permaidani baharu untuk Ramadan, kata jurucakap Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci itu.


7. Jangan hantar ucapan kebencian pada 15 Mac - Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran supaya tiada ucapan kebencian dihantar secara dalam talian pada Hari Antarabangsa Untuk Memerangi Islamofobia yang jatuh pada 15 Mac ini.


8. China bidas AS lulus RUU haramkan TikTok

China menuduh Amerika Syarikat (AS) menindas aplikasi TikTok susulan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat negara itu yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang akan memberi pemilik TikTok, ByteDance kira-kira enam bulan untuk menarik balik Tiktok di negara itu atau berdepan pengharaman.


9. UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing

Kerajaan asing akan dilarang daripada memiliki akhbar dan majalah berita United Kingdom (UK).


10. Malaysia-EU: Harapan tinggi untuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas

Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir untuk memulakan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).