awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Mac 2025.
1. Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas Hospital Nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain serta mencetuskan kebakaran besar.
2. PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, umum pilihan raya awal akan diadakan pada 28 April ini dalam usaha mendapatkan mandat lebih kukuh untuk menangani ancaman yang didakwa berpunca daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
3. PM Thailand diuji usul tidak percaya
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, bakal berdepan usul tidak percaya di Parlimen bermula Isnin, dengan pembangkang dijangka menyasarkan prestasi ekonomi yang lemah serta pengaruh besar bapanya terhadap pentadbiran beliau.
4. Program nuklear, rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat (AS) tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan.
5. Usaha terhadap Gaza perlu berasaskan pelan Mesir - Menteri Luar Turkiye
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Ahad menegaskan bahawa sebarang usaha berkaitan Gaza harus berasaskan pelan yang dicadangkan oleh Mesir.
6. Mahkamah Korea Selatan tolak pemecatan PM Han Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Isnin menolak pemecatan Perdana Menteri Han Duck-soo, sekali gus mengembalikannya ke jawatan sebagai pemangku presiden di tengah-tengah ketidaktentuan politik berikutan Presiden Yoon Suk Yeol yang digantung tugas dan pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat.
7. Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza
Paus Francis sekali lagi menyeru keamanan dengan menggesa agar keganasan di Gaza dan kawasan konflik lain dihentikan segera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
8. AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin dalam usahanya menjadi perantara gencatan senjata selepas lebih tiga tahun konflik berlarutan.
9. Mesir seru EU sertai usaha laksana pelan pemulihan semula Gaza
Mesir menggesa Kesatuan Eropah (EU) agar turut serta dalam pelaksanaan pelan pemulihan semula Gaza yang digerakkan oleh negara-negara Arab serta menghadiri persidangan pemulihan Gaza yang akan dianjurkan oleh Mesir.
10. Rusia-AS adakan perbincangan secara tertutup di Arab Saudi
Rundingan antara delegasi Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Riyadh akan diadakan secara tertutup, menurut koresponden RIA Novosti.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan