DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.
Sebuah pesawat Air India terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India lapor stesen TV tempatan.
Nahas Air India: Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat
2. Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad ketika berlepas pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan insiden nahas tragik membabitkan Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India hari ini.
Kementerian Luar memaklumkan pada Khamis bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan protes yang sedang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kumpulan The Hague, sebuah gabungan sembilan negara akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri bagi membincangkan peningkatan keganasan yang berterusan oleh Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki di Bogota, Colombia bulan depan.
China dan Amerika Syarikat (AS) harus menyelesaikan persengketaan perdagangan menerusi dialog secara sama rata dan kerjasama yang saling memanfaatkan, kata Naib Perdana Menteri China He Lifeng.
Kerajaan Arab Saudi memberi amaran keras kepada Indonesia menjelang musim haji 2026 dengan kemungkinan memotong kuota jemaah sehingga 50 peratus berikutan kebimbangan serius terhadap tahap kesihatan jemaah serta pengurusan keseluruhan ibadah haji oleh pihak Indonesia.
Hampir 400 orang telah ditahan oleh Jabatan Polis Los Angeles sejak Sabtu dalam protes berkaitan isu imigresen.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata petugas Amerika sedang dipindahkan dari beberapa lokasi di Timur Tengah susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Iran kerana "ia mungkin menjadi tempat yang berbahaya,.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Rabu menegaskan bahawa negaranya tidak akan tunduk kepada "keangkuhan Amerika" berhubung program nuklearnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami