DUNIA
CFO Huawei diberi ikat jamin ASD7.5 juta

Penyokong Meng Wanzhou memegang papan tanda di luar mahkamah di Vancouver sebelum perbicaraan kes Ketua Pegawai Kewangan Huawei itu berlangsung pada 10 Dis, 2018. (Foto AP)
Mahkamah Kanada pada Selasa membenarkan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou diikat jamin ASD7.5 juta atas dakwaan penipuan yang dilakukan.
Keputusan mahkamah Vancouver ini meredakan keadaan dalam kalangan rakyat China yang berang selepas Wanzhou ditahan pihak berkuasa Kanada 1 Disember lalu.
Penangkapan Wanzhou mengeruhkan lagi hubungan antara China dan Amerika Syarikat serta Kanada.
Wanzhou, yang juga anak kepada pengasas Huawei itu, berdepan tuduhan memperdaya bank multinasional berhubung kawalan Huawei ke atas sebuah syarikat yang beroperasi di Iran.
Penipuan itu meletakkan bank terbabit berdepan risiko melanggar sekatan Amerika dan dikenakan penalti berat.
Jika diekstradisi ke Amerika Syarikat, beliau akan menghadapi tuduhan konspirasi untuk menipu banyak institusi kewangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami