ISTANBUL: Raja Jordan Raja Abdullah II menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu, menurut The Royal Hashemite Court.
Panggilan telefon itu meliputi perkembangan terkini di rantau itu dan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan The Royal Hashemite Court, lapor Agensi Anadolu.
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera dan memberi amaran bahawa sebarang langkah peningkatan yang diambil Israel akan mengembangkan lagi konflik di rantau itu.
Baginda bertitah menamatkan serangan di Gaza dengan segera adalah langkah yang perlu bagi mengelakkan konflik itu daripada ''melimpah" ke rantau itu," katanya.
"Jordan tidak akan membenarkan perang di rantau ini berlaku di wilayahnya, dan mengingatkan akan kesan serangan Israel ke atas Gaza dan langkah unilateral di Tebing Barat," katanya.
Raja Abdullah dalam titahnya menggesa perlindungan diberikan kepada orang awam di Gaza dan memastikan bekalan bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelbagai saluran secara berterusan.
The Royal Hashemite Court berkata perbincangan dalam perbualan telefon itu meliputi keperluan untuk mengekalkan koordinasi antara Jordan dan Amerika Syarikat dalam perkembangan serantau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Raja Abdullah II bertitah, menamatkan serangan di Gaza dengan segera adalah langkah yang perlu bagi mengelakkan konflik itu daripada ''melimpah" ke rantau itu. - Foto AP
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza
Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan
Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat "keganasan Israel" di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.
Raja Jordan adakan perbincangan dengan PM Anwar
Raja Jordan Raja Abdullah II pada Sabtu berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"
Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan.
Raja Jordan, Presiden UAE gesa tindakan untuk hentikan konflik Palestin-Israel
Raja Jordan Raja Abdullah II dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan telah membincangkan peningkatan aktiviti ketenteraan yang berbahaya di Gaza.
Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman
Raja Jordan Raja Abdullah II berlepas ke Jerman pada Ahad untuk menjalani pembedahan thoracic herniated disc.
Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan
Hamzah memberitahu beliau dikunjungi ketua tentera negara itu dan tidak diizinkan keluar atau berkomunikasi dengan sesiapa atau bertemu keluarga diraja.
Misi diplomatik Obama berakhir di Jordan
Obama berada di rantau Asia Barat selama empat hari lawatannya bermula di Tel Aviv, Israel, diikuti ke Tebing Barat Palestin, dan Jordan.