PHNOM PENH: Kemboja sekali lagi dipilih sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia oleh World Travel Awards bagi 2023, kata Menteri Pelancongan negara itu Sok Soken pada Rabu.
"Pencapaian luar biasa ini mengesahkan daya tarikan destinasi kami sebagai tempat wajib dikunjungi bagi pencinta kebudayaan," katanya menerusi akaun Telegram rasminya.
Setiausaha Negara dan jurucakap Kementerian Pelancongan Top Sopheak berkata Kemboja adalah destinasi pelancongan bagi kebudayaan dan ekologi.
"Negara ini terkenal dengan Taman Arkeologi Angkor iaitu sebuah tapak warisan dunia dan lain-lain lagi, " katanya kepada Xinhua.
Selain itu, negara ini mempunyai tiga tapak warisan dunia yang lain - Zon Kuil Sambor Prei Kuk di wilayah tengah Kampong Thom, dan Kuil Preah Vihear dan tapak arkeologi Koh Ker di barat laut wilayah Preah Vihear.
Pelancongan merupakan satu daripada empat sektor utama yang menyokong ekonomi Kemboja.
Negara Asia Tenggara itu merekodkan kira-kira 5.45 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada 2023, memperoleh pendapatan sekitar AS$3.08 bilion yang menyumbang 7.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar, menurut Kementerian Pelancongan.
Sektor pelancongan telah mewujudkan kira-kira 450,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Setiausaha Negara dan jurucakap Kementerian Pelancongan Top Sopheak berkata Kemboja adalah destinasi pelancongan bagi kebudayaan dan ekologi. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Singapura, Kemboja catat kes tibi lebih rendah
Kumpulan umur yang lebih tua dan lelaki terus membentuk sebahagian besar kes tibi aktif baharu di Singapura.
AirAsia Cambodia mula operasi 2 Mei depan, sasar 85 peratus faktor muatan
AirAsia Cambodia mahu terus merangsang industri penerbangan dan pelancongan Kemboja selaras dengan strategi pengembangan ASEAN.
NCCIM cadang penubuhan zon pelaburan industri pertumbuhan tinggi, teknologi tinggi Kemboja-Malaysia
Penubuhan zon pelaburan khas Kemboja-Malaysia boleh memberi peluang untuk Malaysia meningkatkan pelaburan di Kemboja.
Malaysia, Kemboja akan nilai kemajuan kerjasama bilateral menerusi JCBC
Perdana Menteri memaklumkan, Menteri Luar kedua-dua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat suruhanjaya berkenaan lebih awal daripada perancangan.
Perdana Menteri Kemboja mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Putrajaya
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk berbincang mengenai hu
Festival Air Kemboja kembali selepas 3 tahun terhenti akibat pandemik
Puluhan ribu pengayuh dan penonton dari seluruh negara Asia Tenggara membanjiri tebing sungai di ibu negara Phnom Penh.
Pilihan raya umum Kemboja 'bebas dan adil', kata PM Hun Manet
Sebanyak 18 parti bertanding dalam pilihan raya itu yang menyaksikan lebih 8.2 juta telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
PM baharu Kemboja gesa lebih banyak perdagangan antara negara Asia Tenggara
Negara-negara Asia Tenggara perlu bekerjasama untuk meningkatkan integrasi ekonomi dan mengecilkan jurang perbezaan, kata perdana menteri baharu Kemboja.
Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja
Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.
Kemboja umum keputusan rasmi pilihan raya umum pada 4 Ogos
Keputusan rasmi pilihan raya umum Kemboja termasuk pengagihan kerusi dalam Dewan Negara akan dikeluarkan pada 4 Ogos.