NEW YORK: Albania, Brazil, Gabon, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa memulakan tanggungjawab mereka sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan, lapor Xinhua.
Penggal dua tahun mereka secara rasmi bermula pada 1 Januari. Upacara memasang bendera telah diadakan bagi menandakan bermulanya tugas mereka.
Duta Kazakhstan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatiu (PBB) Magzhan Ilyassov, yang mempengerusikan majlis itu, mengucapkan tahniah kepada lima ahli majlis baharu itu dan mendoakan kejayaan mereka dalam merealisasikan keutamaan mereka dalam penggal dua tahun itu.
Upacara pemasangan bendera untuk anggota Majlis Keselamatan baharu dimulakan oleh Kazakhstan.
"Kami percaya bahawa 2022 adalah tahun harapan untuk kita semua dan organisasi dunia kita," kata Ilyassov.
"Keamanan global, keselamatan dan pembangunan lestari seterusnya akan bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan, sistem PBB dan rakan kongsi rapat kami yang lain."
Duta Besar Norway ke PBB Mona Juul, dalam kapasitinya sebagai presiden Majlis Keselamatan untuk Januari, mengalu-alukan anggota baharu itu.
Wakil tetap lima ahli majlis baharu itu membuat ucapan ringkas sebelum mereka memasang bendera negara masing-masing di luar Dewan Keselamatan.
Lima negara itu menggantikan Estonia, Niger, Saint Vincent dan Grenadines, Tunisia, dan Vietnam.
Majlis Keselamatan 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap -- Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat, dan 10 ahli tidak tetap yang dipilih untuk penggal dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB. Lima ahli tidak tetap diganti setiap tahun.
India, Ireland, Kenya, Mexico dan Norway berada di pertengahan tempoh dua tahun mereka sebagai ahli tidak tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Penggal dua tahun bagi Albania, Brazil, Gabon, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasmi bermula pada 1 Januari. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida menegaskan semula bahawa PBB perlu segera membuat pembaharuan.
Lubnan gesa 'pakej komprehensif' untuk laksanakan Resolusi 1701 PBB
Menteri Luar Lubnan Abdullah Bou Habib pada Jumaat menggesa "pakej komprehensif" untuk melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk pengunduran Israel dari
Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup.
Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei
Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun, menekankan pentingnya untuk menegakkan keadilan dan hak Palestin.
UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU
Ia menggabungkan antara perang senjata dan pembohongan kononnya keselamatan Rusia terancam selama bertahun-tahun, kata Michel.
Rusia veto resolusi Majlis Keselamatan PBB
Pengundian berakhir dengan keputusan 11-1 kecuali China, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mengundi.
PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) diperbaiki dan direformasi.
PBB jangan diam diri isu Rohingya - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan PBB yang mendiam diri menunjukkan badan itu gagal memenuhi tujuan penubuhannya.
China bantah campur tangan tentera di Venezuela
China berpendapat bahawa semua negara harus mematuhi prinsip asas undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa, menentang campur tangan asing dalam urusan dalaman Venezuela.