COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan lebih 14,000 individu disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Seorang jurucakap polis pada Isnin berkata operasi itu telah berlangsung selama seminggu.

Beberapa individu yang ditahan telah dibebaskan dengan ikat jamin bagi mengelakkan kesesakan di penjara.

Polis turut merampas lebih 10 kilogram heroin dan pelbagai jenis dadah ketika serbuan di unit kediaman, kedai dan kenderaan.

-- BERNAMA