Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Khamis berkata tidak menerima sebarang ancaman yang spesifik boleh dikaitan dengan sambutan ulang tahun serangan September 11, 2001 di Amerika Syarikat.

AFP melaporkan, pengarah FBI James Comey dipetik sebagai berkata pihaknya sedang memantau secara terperinci untuk ancaman-ancaman Al-Qaeda atau IS, dan dalam satu sidang mendedahkan risikan, “tiada ancaman spesifik boleh dikaitkan dengan serangan tersebut.”

Jumaat merupakan tarikh penting dalam sejarah dunia. Hari ini, warga dunia meraikan ulangtahun ke-14 serangan yang memusnahkan World Trade Center yang merupakan ikon bandaraya New York dan sebahagian dari Pentagon yang telah mengorbankan 3,000 nyawa yang tidak berdosa.

Pihak Al-Qaeda dikatakan bertanggungjawab ke atas serangan yang merekodkan serangan terburuk di negara Uncle Sam itu, sekaligus menggesa pihak Amerika untuk melancarkan era peperangan di Afghanistan dan Iraq.

Laksamana Michael Rogers yang merupakan ketua Agensi Keselamatan Nasional Amerika Syarikat berkata, 11 September menandakan satu tarikh yang “meninggalkan kesan paling banyak ke atas warga dunia.”

“Anda mendengar kumpulan-kumpulan berbicara tentang signifikan tarikh itu. Saya tidak perlu menyebut ia merupakan paling tinggi yang pernah saya saksikan … sepanjang 14 tahun ini.”