TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan.
Bieber tersenarai untuk membuat persembahan menjelang perlumbaan Formula One (F1) yang julung kali diadakan di Arab Saudi.
Tunang Khasoggi, Hatice Cengiz dalam surat terbuka kepada Bieber menggesa penyanyi kelahiran Kanada itu untuk menghantar ‘mesej yang keras’ kepada penganjur untuk beliau menarik diri dari beraksi di konsert berkenaan, lapor BBC News pada Isnin.
"Jangan menyanyi untuk 'pembunuh' kesayangan saya, Jamal," tulis Cengiz dalam mesejnya kepada Bieber dalam surat terbuka yang diterbitkan Washington Post, baru-baru ini.
Menurut Cengiz, Bieber mempunyai peluang unik untuk menunjukkan “nama dan bakat beliau tidak boleh dipergunakan untuk mengembalikan reputasi rejim berkenaan yang dipercayai mampu mengorbankan sesiapa sahaja yang vokal mengkritik negara itu.”
BACA: Justin Bieber digesa batal persembahan di Arab Saudi
Bieber dijadualkan membuat persembahan pada 5 Disember akan disertai barisan artis termasuk David Guetta dan Jason Derulo.
Pertubuhan hak manusia, Human Rights Watch turut menggesa Bieber dan artis-artis terlibat untuk menarik diri, atas alasan acara berprestij itu hanya bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat sivil global dari rekod hak manusia di Arab Saudi.
Khashoggi merupakan wartawan dan penyunting veteran dari Arab Saudi yang berpindah ke Amerika Syarikat dan pernah menulis artikel yang lantang mengkritik Putera Mahkota Arab Saudi apabila dirinya menerima ancaman bunuh pada 2 Oktober 2018. Beliau dipercayai dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.
Sebelum ini, penyanyi rap Nicki Minaj juga pernah membatalkan persembahannya di Jeddah pada 2019, sebagai protes terhadap hak kemanusiaan di Arab Saudi.
Agensi
Mon Nov 22 2021
Menurut Cengiz, Bieber mempunyai peluang unik untuk menunjukkan nama dan bakat beliau tidak boleh dipergunakan untuk mengembalikan reputasi rejim itu yang dipercayai mampu mengorbankan sesiapa sahaja yang vokal mengkritik negara itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Kes Khashoggi: Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi
Mahkamah persekutuan AS mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
Kes pembunuhan Khashoggi: Putera Arab Saudi ada imuniti - AS
Mohammed bin Salman ialah "ketua kerajaan" Arab Saudi dan beliau "kebal daripada saman ini" berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Putera Mahkota Arab Saudi anggap Israel bakal sekutu
Putera itu juga menyatakan beliau mahu bekerjasama dengan Iran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti
Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.
Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi
Bagaimanapun Riyadh dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan adalah satu kesilapan identiti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari in
Tunang Jamal Khashoggi desak Bieber batal konsert F1 di Arab Saudi
Tunang wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan.
Konsert F1: Justin Bieber digesa batal persembahan di Arab Saudi
Persembahan Bieber adalah antara tumpuan dalam konsert pembukaan F1 meskipun penyanyi rap A$AP Rocky, Jason Derulo, David Guetta dan Tiesto juga bakal membuat persembahan.
Presiden AS umum pendirian terhadap Arab Saudi pada Isnin
Ia susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan putera mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.