DARI pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang peling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 4 Oktober 2019.

1) Lim Kit Siang persoal apa keperluan universiti awam anjur Kongres Maruah Melayu

Lim Kit Siang juga bertanya apakah Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama UPSI, UPM dan UiTM sanggup menganjurkan kongres yang sama untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini.

2) AirAsia fail tuntutan RM479.78 juta terhadap MASSB atas kecuaian di KLIA2

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd memfailkan tuntutan RM479.78 juta terhadap MASSB berikutan kecuaian di KLIA2.

3) Lelaki dakwa hubungan sulit punca bunuh isteri dan 2 anak

Luahan hati Chris Watts, 34, yang didapati bersalah membunuh isterinya Shanann, 34, serta dua anak perempuannya, Bella, 4, dan Celeste, 3, dalam kejadian pada Ogos tahun lalu.

4) Lebih baik jika Carrie Lam letak jawatan, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam perlu meletakkan jawatan berikutan demonstrasi anti-kerajaan yang berlarutan sehingga sekarang.

5) Tukar parti hanya atas sebab kukuh - PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terserah sepenuhnya kepada Ahli Parlimen jika mereka mahu menukar parti politik, tetapi ia mesti dilakukan atas sebab yang kukuh.

6) Tanjung Piai Memilih: UMNO atau MCA, jentera Pas sedia membantu

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dilaksanakan sebagai satu bentuk kerjasama kukuh membabitkan Pas dan UMNO selepas Piagam Muafakat Nasional

7) Tanjung Piai Memilih: Calon PH berkemungkinan orang tempatan

Sudah ada beberapa nama dalam pertimbangan, namun masih terlalu awal untuk menentukan individu tepat yang bakal bertanding di Parlimen itu.

8) Helah kunci bilik tak menjadi, lelaki ditahan dengan 85 bungkus air ketum

Tindakan seorang lelaki mengunci bilik bagi mengelak ditangkap gagal apabila dia akhirnya ditahan bersama 85 bungkusan air ketum.

9) Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kenderaan

Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang.

10) "Bukan tuju pada sesiapa" - Isma jawab kritikan isu DJ buat lawak dan gelak sendiri

Isma Halil Hamzah secara umum mengingatkan agar DJ yang ada perlu menyedari tugas dan tanggungjawab sebenar yang perlu dimainkan.