ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 8 Oktober 2019.

1) GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir

Tiada sebab untuk mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditolak oleh rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

2) Boikot Foodpanda: Tiada perbincangan dalam Kabinet - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa isu boikot bagi penghantar makanan, Foodpanda tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet.

3) Foodpanda: Kenyataan Tun Mahathir disalah erti - Syed Saddiq

Kenyataan Perdana Menteri bahawa isu Foodpanda tidak dibincang dalam Kabinet, adalah merujuk pandangan peribadi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam iaitu membantah sikap pengurusan syarikat penghantaran makanan itu.

4) Dana 1MDB: Niat Nazir Razak bantu abangnya

Bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana 1MDB berjumlah RM25.7 yang dipindahkan ke akaun bank atas namanya pada 2013.

5) Ustaz ditahan cuba cabul, liwat pelajar madrasah

Polis memberkas seorang ketua tenaga pengajar sebuah madrasah di Bemban, di sini selepas didakwa mencabul dan cuba meliwat beberapa pelajar lelakinya sejak setahun lalu.

6) Rakam filem porno dan sumbang mahram, lelaki dihukum penjara 40 tahun

Seorang bapa dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan atas empat pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang juga merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran.

7) Taufan besar dilanda badai Jepun hujung minggu ini

Penduduk di Jepun sedang bersiap siaga bagi menghadapi Taufan Hagibis yang dijangka melanda selatan pasifik negara matahari terbit itu pada hujung minggu ini.

8) Tindas Islam di Xinjiang: Amerika senarai hitam 28 syarikat China

Pentadbiran Donald Trump pada Isnin menambah 28 syarikat China dalam senarai hitam syarikat terlibat dalam penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.

9) Hina China, Houston Rockets dan NBA terima padah

Penyiar negara China, CGTN mengambil tindakan membatalkan rancangan menyiar dua perlawanan pra-musim NBA Amerika ekoran sokongan pengurus kelab Houston Rockets terhadap protes di Hong Kong di laman Twitter.

10) Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar

Anugerah Akademi mencatat rekod apabila menerima filem dari 93 negara dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik untuk Oscars ke-92.