Skip to main content

Malaysia

10 berita pilihan sepanjang hari ini

51569073823_BeritaPilihan.jpg
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) Lelaki ditemui mati di Rompin, antara dua kematian baharu COVID-19

Malaysia mencatatkan pertambahan dua lagi kes kematian melibatkan COVID-19 sehingga tengah hari Rabu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kepada 111 kes.

2) Tiada pertambahan kes COVID-19 di PKPD

Tiada pertambahan kes positif COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini (13 Mei 2020), ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

3) 396 penumpang AirAsia KL-Tawau diminta tampil segera, 6 sudah dijangkiti COVID-19

Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.

4) Lindungi kanak-kanak dan warga emas ketika berhari raya - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai agar terus melindungi kanak-kanak dan warga emas yang merupakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 sepanjang musim perayaan.

5) New Zealand catat kes sifar COVID-19 untuk dua hari berturut-turut

New Zealand mencatatkan kes sifar COVID-19 bagi dua hari berturut-turut pada Rabu, yang juga merupakan hari keempat tanpa kes sejak awal minggu lalu.

NORMAL BAHARU

1) 
PKPB: Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan

Aktiviti ziarah-menziarah pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

2) PKPB: Semua pejabat kerajaan dibuka sepenuhnya - Ismail Sabri

Mesyuarat Kabinet pada Rabu memutuskan semua pejabat kerajaan termasuk kaunter-kaunter kerajaan dibenarkan dibuka sepenuhnya.

3) PKPB: Bas sekolah boleh bawa pekerja kilang ke tempat kerja

Kerajaan membenarkan bas sekolah untuk membawa pekerja kilang ke tempat kerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

4) PKPB: Johor benarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri dengan syarat

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat hari raya Aidilfitri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

5) Ini senarai cadangan garis panduan "Beraya dalam PKPB"

Pemerkasaan masyarakat ialah proses membolehkan masyarakat meningkatkan kawalan terhadap kehidupan mereka. Ini bermaksud bahawa orang memantau diri mereka sendiri dan mengambil tindakan apabila perlu dengan menggunakan usaha dan cara mereka sendiri.

Advertisement

Must Watch Video