BANGKOK: Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air, kata jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke.
Beliau berkata kumpulan pertama terdiri 78 rakyat Thailand selamat tiba pada malam Khamis.
"Penerbangan khas yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Thailand membawa kumpulan kedua terdiri daripada 135 warga Thailand dan keluarga mereka dari Jeddah, Arab Saudi menuju ke Bangkok pada malam Sabtu.
"Esok, satu lagi penerbangan khas Tentera Udara Diraja Thailand akan membawa baki kumpulan terakhir lima pelajar Thailand yang baru tiba di Jeddah hari ini, sekali gus menamatkan operasi membawa keluar warga Thailand dari Sudan ke Thailand," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kanchana berkata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai, mengucapkan terima kasih kepada pelbagai organisasi yang terlibat dalam operasi itu, termasuk Tentera Udara Diraja Thailand, Konsulat Thailand di Khartoum, Kedutaan Diraja Thailand di Riyadh dan Kaherah serta Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Jeddah.
Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak keganasan meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada 15 April yang setakat ini sudah meragut 512 nyawa manakala lebih 4,000 lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air. - BERNAMA
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
17 tebusan Thailand selamat tiba di tanah air
Puluhan ribu rakyat Thailand dilaporkan bekerja di Israel dalam sektor pertanian semasa Hamas menyerbu sempadan pada 7 Okt lalu.
Perang Palestin-Israel: PM Thailand minta bantuan Malaysia bantu pembebasan rakyatnya
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah meminta bantuan Anwar dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan di Palestin.
213 rakyat Thailand yang di bawa keluar dari Sudan selamat tiba di tanah air
Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air, kata jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke.
Lebih 70,000 rakyat Thailand daftar undi luar negara
Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia
Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi keselamatan di bahagian selatan untuk membantu rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia untuk pulang ke negara itu.
Polis ragui 'cerita' lelaki maut di tempat kerja, tahan ibu dan abang mangsa
Mayat lelaki berusia 25 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Gual Ipoh oleh abang dan ibu mangsa, masing-masing berusia 28 dan 50 tahun.
COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan
Empat kementerian sudah merangka pelan koridor perjalanan dan dijangka mengemukakan pelan itu kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) pada 17 Jun ini.
400 pekerja Thailand cuba seludup masuk dari Malaysia ditahan
Pihak berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia.
Thailand akan bawa pulang rakyatnya dari Wuhan pada Selasa
Lapan pegawai perubatan termasuk doktor, pakar epidemiologi, pakar psikiatri dan jururawat akan menaiki pesawat AirAsia Thailand untuk memantau kesihatan mereka.
Kehilangan Raja Bhumibol dirasai seluruh Asia Tenggara
Kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej bukan sahaja dirasai oleh rakyat Thailand tetapi oleh seluruh rantau Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.