Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di ketiga-tiga lokasi itu akan bermula pada 28 Disember dan berakhir pada 10 Januari 2021.
Menurutnya, kawasan dikenakan PKPD itu ialah Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru; Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor dan Penjara Jelebu serta Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.
Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Johor Bahru
- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lapan kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam masa lapan hari iaitu bermula 16 sehingga 23 Disember 2020. Kes-kes ini dikesan semasa orang kena tuduh (OKT) hadir bicara mahkamah di daerah lain.
- Terdapat seramai 685 orang dalam kalangan OKT dan kakitangan yang terdedah kepada lapan kes positif tersebut.
- PKPD ini melibatkan 937 tahanan, 322 anggota dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah.
Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi
- KKM hari ini turut melaporkan terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
- Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 171 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 125 kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam kalangan tahanan di lokap ini.
- Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD untuk menempatkan kesemua tahanan yang positif COVID-19 dari Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu
- Sehingga 22 Disember, KKM telah melaksanakan 1,086 ujian saringan dan sebanyak 307 kes positif COVID-19 telah direkodkan; iaitu 305 kes di kalangan OKT dan 2 kes wadar.
- Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam kalangan komuniti.